Skip to main content

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya..

Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku..

Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni....

1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan aeman senang jer.. Macam magic.. Tapi sakitnya memanglah maha dahsyat..Semua orang termasuk doktor cakap lambat lagi aku nak bersalin sebab anak  pertama. Tapi kuasa Allah, diluar jangkaan aku bersalin awal, cepat and mudah..Huhuhuh.. tetiba je dah bersalin.. Then en bie datang tengahari buta nak lawat..siap selisih lagi mama baru balik labour room atas strecher kena sorong nk balik wad...mama nampak en bie tgh dekat kaunter nurse dok gelabah tanye/carik mane isteri saya??hahahha.. tulah org tepon pkul 5pg ckp suh dtg nak bersalin , dia leh tak percaya.. seyes k masa tu memang senang bersalin,sampai bb nak keluar semua nurse gelabah and doktor terjerit2..suh tarik strecher boleh teramik tirai..!Hahaha..aku yg dah nak bersalin tu bleh plak dorang wat lawak.. Lepas bersalin tu lega giler..Siap masa tu macam rasa nak bersalin lagi kalau boleh ;p Maybe sebab usaha minum air tu kot..wallahua'lam

2)Bersalinkan Aryan-  Yang ni lama betul nak keluar.. Mungkin sebab papa dia tunggu dalam labour room.. tu yang dia manja sangat tak nak kuar cepat.. Huhuh.. tapi kesian.. dia keluar dah lemas rupanya..masuk NICU berwayar berselirat pastu..nasib baik papa dia ada.. kalau tak mama dah tak kuat semangat dah... Tapi masa ni aku memang minum last minute. Tak dan nak minum..nape ntah..

3)Bersalinkan Alwan -  Yang ni pun senang tak sakit mana. Sampai nurse doktor dalam labour room masa tu tanye bepuluh kali aku sakit tak sebab aku senyap jer.. Wat nape.aku nak bising...aku tak sakit mana pun..even tetap sakitlah macam sakit nak bersalin.. tp  seriously masa tu aku boleh bertahan..yang ni pun luar jangkaan.. doctor estimate bukaan tu bukak lama lagi tapi aku dh bersalin awal.. alhamdulillah.. sebab sebelum pergi labour room n malam aku masuk wad tu, aku bantai banyak2 minum air  genggam fatimah ni sambil bertawakkal berniat lah..

Dan hasil rujukan pada buku..

Genggam Siti Fatimah merupakan sejenis tumbuhan dari timur tengah yang dapat membantu membuka rahim dan memudahkan proses bersalin. Biasanya orang yang pergi haji dan umrah mesti bawak balik akar kayu ni. Sekiranya memiliki akar kayu ni, rebus dalam periuk sehingga kembang dan airnya bertukar warna jadi kuning cair. Kemudian keluarkan akar dan kering jemurkan. Sebaik kering dia akan menguncup smeula seperti sedia kala. Minum air ni selalu selepas usia kandungan genap 7 bulan.

Dan ini rupanya...

Yang ni aku beli online.. Huhuhuh..pas rendam air dia rasa macam air longkang.. seyes.. tak sedap..  pas rendam keruh semacam ada keladak-kelada.. aku rasa yang ni datangnya dari tepi gunung berapi.. sebab semacam jer rasa...

Nilah akar genggam fatimah yang makcik baru bagi.. Kirim orang balik mekah..belum ada sesiapa minum lagi.. Yang aku minum makcik bagi pinjam tu lupa nak snap gambarnya sebab dah pulangkan dekat makcik balik. Tapi rupanya sama sebijik macam ni..
Rupa air lepas rendam dengan akar kayu ni..air tu akan bertukar warna jadi macam air teh yang dah hilang tehnya tu.. (alah ala ala kuning tak berapa kuning sangat lah).. masa rendam ni akar ni akan mengembang macam bunga mekar...

Cara aku minum :
1) Basuh akar ni bersih.
2) Rendam dalam jag/botol air samapai bila-bila. 
3) Lama-lama air tu jadi kekuningan. Pastu rasa dia macam air teh tak letak gula.. oklah rasa dia.. takda rasa menjelikkan.. Minum kerap. (gantikan minum air masak dengan air ni jer)..
4) Sambil minum sambil niat sebagai usaha dan tawakal pada Allah..Moga Allah lancarkan segalanya nanti..  (Jangan salah niat & bergantung 100% pada akar ni yer) .. 

Aku banyak tanya dekat makcik pasal benda alah ni.. Makcik cakap ni.. Ni sejarahnya Siti Fatimah puteri bongsu nabi muhammad masa nak bersalin pegang pokok ni.. Tu lah nama dia akar  genggam siti fatimah..

Betul ke tak? korang carik lah sendiri...


Comments

  1. Mak mentua saya ada akar fatimah ni, baru2 ni adik ipar saya nak besalin n mak mertua saya telah rendam n bg die minum mcm yg awak ckp, tp tahla eh maybe bahagian dia di dunia ni susah sikit kot so anak die x gak kuar2 wpon bermacam air die minum...last2 doktor tepaksa bedah die, maybe itu salah satu usaha kita apa2 tawakal n berdoa la kan..insyalah dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Hi fesyen in trend,
    ini antara usaha, saya minum ni saya tak niat benda ni boleh bantu. saya minum ni saya tawakkal n berserah pada Nya.. Depend dekat orang jugak,kalau dia just minum x niat pape xdelah hasilnya tak..? Pastu minum ni nak nampak keberkesanannya bukan time dah dekat nak bersalin..kena amalkan sebelum tu.. tapi apa yang saya tulis kat atas tu sekadar perkongsian pengalaman.. betullah macam awak...lain orang lain bahagaian dia.. Insya Allah setiap apa usaha yng disertakan tawakkal padaNya dia akan brikan jalan untuk kita.. Insya Allah... :)

    ReplyDelete
  3. Assalaamualaikum.. Minta bantuan nak tanya sikit betul ker bau air rendam tu busuk.. Perlu ker saya masuk dlm peti sejuk supaya air tu tak busuk... Atau saya salah rendam.. ;(

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalm. actually sepnjang saya kenal dgn akar ni.. ada 2 jenis berbeza...
    satu yg bila rendam bau busuk, mayb ni yg akar dari tepian gunung berapi ,etc... satu lagi yg datang dari mekah , yg ni dh 2 akar berbeza dr mekah sy minum.. airnya tak berkeladak dan tak bau busuk...macam air teh x letak gula :)

    ReplyDelete
  5. Salam..setahu sy yg gambar kedua tu yg utk bersalin dtg dr mekah.rasa sedap mcm air teh tanpa gula.yg ni rendam air biasa je.jgn rendam air panas atau suam.sbb ia blh mgecutkn rahim.payah plak nnt.jgn minum tlalu awal.37 38w ke atas dh blh amal.utk mklumat lanjut blh sms pn mardhiah 0194344930.hrga rm20 termasuk pos sjung

    ReplyDelete
  6. Salam..setahu sy yg gambar kedua tu yg utk bersalin dtg dr mekah.rasa sedap mcm air teh tanpa gula.yg ni rendam air biasa je.jgn rendam air panas atau suam.sbb ia blh mgecutkn rahim.payah plak nnt.jgn minum tlalu awal.37 38w ke atas dh blh amal.utk mklumat lanjut blh sms pn mardhiah 0194344930.hrga rm20 termasuk pos sjung

    ReplyDelete
  7. Jdi bunga genggam fatimah ni x pyh rebus la? Cuma redam dlm air mineral k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yr saya rendam dalam air . Biarkan warna kekuningan sikit saya minum.. kalau nak masuk labor room tu sblm tu saya rendam dalam botol air mineral kecik.pastu saya minum
      . Doa pada allah banyak2.. ni sebagai usaha nak senang bersalin..apa2 pun allah tentukan ya bahagian kita macam mana nanti...insya allah

      Delete
  8. Mcm mn nk dptkn akar genggam fatimah ni sis?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe

KANDUNGAN 37 MINGGU : TANDA BERSALIN

 Alhamdulillah.. kandungan ke 4 ni sampai jugak ke tempoh 37 minggu... Ok.. hari ini dah mula sakit-sakit balik tapi tanda masih tak keluar lagi . Mari saya senaraikan apa yang berlaku sekarang : - Keseluruhan perut mengeras dan meregang. Yang ni rasa maacam keras macam batu. Tak tau apa yang baby buat kat dalam tu. Tapi bila mengeras ni datng bersama rasa sakit sangat. Pakej lengkap la. Sakit dalam perut rasa memulas-mulas perut , pinggang dan punggung. Tempoh mengeras ni lama 5 minit dan 10 minit. Dalam 1 jam tu banyak kali. Huhuhu..masih x nak lagi pergi hospital.. Kadangkala baring tak meredakan keadaan , duduk juga tak meredakan keadaan. Tak tau dah rasa nak gayekan macam mana lagi ni. Sakit pinggang dan bahagian belakang . Keseluruhan punggung/pinggul belakang rasa sakit berdenyut mencucuk-cucuk. Pastu terasa la diri ni sangat2 gemuk... Susahnye jadi orang gemuk sebab nak bangun susah nak jalan susah. Ditambahkan dengan rasa sakit. Ni pun pakej lengkap gak. Kerap b

36 MINGGU MENGANDUNG.... KONTRAKSI SUDAH BERMULA

Al maklum.. ini adalah kandungan yang ke empat.. nama baby pun dah standby... Suami nak nama yang "tut"...  Okeylah...Sebenarnya 2-3 minggu lepas dah rasa kontraksi..Tapi tak tahulah mana yang betul mana yang palsu.. Main-main pulak.. Lagi satu dah rasa macam2 sakit.. Kalini tak tau sakit mana yang paling sakit.. Dah lali kot dengan segala rasa kesakitan... Malas pun ye nak gi hospital takut warded macam dulu-dulu tapi tak bersalin2...Ni tanda tak ada...Cuma perut mengeras kerap , sakit ngilu2 dan nyeri2 dekat tut , dekat pinggang , kaki macam nak terputus rasa kalo jalan..pinggang kadang2 rasa nak patah... baring salah..duduk salah... berjalan salah... ish serba tak kena...  Last week pergi hospital selepas KKIA tempat cekup biasa tu refer suh gi hospital..Sekali g hospital dia lembik pualak pastu takde sakit, takde kontraksi..  hemm..mama blur bila doktor tanya kenapa awak datang sini.. berbekalkan surat reference klinik tu lah..doktor tak jadi tanya banyak2... huh