Skip to main content

Cabut gigi geraham

Jumaat yang indah .... wahaahaa.. harini aku tak pergi appointment pap smear, tp pergi jumpa dentist.. sbb penderitaan malam td aku xlena tido melayan sakit gigi... Huhuh..haa..mebebel aku dekat doktor tadi cakap apesal gigi aku sakit kat tempat lain tak macam dia cakap hari tu...

Lepas aku mbebel.. barulah doktor tu check bebetul.. ha dia ternampak gigi geraham atas sebelah kiri aku berlubang. Tak boleh nak tampal dah, sebab lubang sangat besar. Ooo dulu dekat situ pernah tampal.. Doktor cakap yang tampal dulu tu pun dah habis... Dia bagi 2 option sama ada nak dia cabut atau biar je gigi tu tercabut sendiri..

Waahh.. keputusan yang macam antara hidup dan mati.. aku sayang gigi aku... sob sob.. fikir balik kalau nak biar gigi tu tercabut sendiri pastinya aku akan menanggung penderitaan yang amat untuk jangka masa yang aku sendiri tak tau sampai bila ianya akan tercabut.. Sakit ooOOoo!

So takpelah aku decide cabut.. Wah sangat tangkas doktor comel ni buat kerja. Sambil berbual. Tau tau dah siap.. takdelah sakit manapun cabut gigi tu yer jika nak dibandingkan dengan keadaan memang sakit gigi..... xOxO!

Mula-mula doktor bius, pastu dia check bius tu berkesan ke tak.. Bila aku tak rasa pape dah tempatbgusi  gigi yang dia ketuk-ketuk pas bius tadi.. Dia terus ambil gerudi.. (Gerudi gigi..alah tak besar pun)..  Masa di buat tu aku fikir sakitlah sangat sampai aku kejungkan badan.. Hahhahah.. sampai pembantu doktor tu dengan doktor tu cakap wat rileks jer.. Kalau melawan gigi tak boleh nak cabut.. huh.. pas aku lembutkan badan , tak kaku.. tau2 gigi dah siap cabut.. Sekejap je.. dalam 5minit dah siap... Doktor pun tunjukkan gigi yang dia cabut tu.. besarnye gigi geraham.. besarnya lobang....wahhh... seram :(

Pas hilang bius taklah sakit lagi gigi tu.. Cuma bleeding tempat gigi cabut tu akan ambil masa sikit untuk pulih..
Masa ada bius tadi..aku rasa sebal dan tebal je dalm mulut nih...

Walaupun aku tak pernah miss gosok gigi setiap hari 3-4kali sehari. Akhirnya gigi geraham aku telah berpisah dengan aku setelah 24tahun bersama.. (Eh ye ke?? aku tak tau plak masa umur aku berapa tahun gigi tu tumbuh.Takpelah).. Mungkin sebab aku mengandung dah 3kali...

Sebabnya setiap kali mengandung mesti ada check gigi sekali... Masa mengandung ibu perlukan lebih banyak kalsium untuk diri ibu itu sendiri serta janin yang dikandung tu.. Baby tarik kalsium dari ibu melalui tulang, makanan dan gigi.. So sometimes masa mengandung sakit gigi, sakit tulang atau gusi berdarah.

Tapi , keadaan sebenar yang berlaku ke atas diriaku ialah.. aku tak pernah langsung sakit gigi masa mengandung. Gigi tumbuh adelah.. Then sakit gigi dan gigi tumbuh sekaligus banyak ni lepas aku bersalin...

Kesimpulannya, terlebih atau terkurang kalsium aku ni????

Last sekali....susu anmum paling sedap untuk ibu mengandung atau ibu yang breastfeed. Tapi susu Nespray pun rasanya so delicous dari dulu hingga sekarang! Yummy!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...