Skip to main content

HAD PUKULAN ANAK

Entry hari ni khas untuk diri saya . Saya dah berusaha nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak . Kadangkala tingkah laku anak-anak kecil yang sedang membesar ni memang menguji kesabaran. Tapi wajar ke kita pukul mereka bila meraka buat salah? Semestinyalah tujuan "babap" tu nak bagi pengajaran. Tapi  wajar ke cara ni nak di praktikkan seawal usia mereka semua ni..?

Mama ni cuma kadang-kadang hilang sabar bila dah tak larat melayan karenah diorang. Tapi bukan bermakna mama ni tak sayang anak-anak mama. Bab sepah menyepah, pomen barang-barang sampai jahanam tu dan aksi aktif lasak tu mama dah faham sangat-sangat anak mama ni sedang belajar. Tambah-tambah lagi semuanya lelaki. Bila mama marah naik tangan tu, diorang melawan. So mama rasa cara ni salah. So mama phsyco diorang. Mama biar je diorang nak buat apa..bila diorang dah habis penat buat benda tu dan sebelum diorang nak buat perkara lain mama suh diorang kemas,mama cakap baik2 untuk alih perhatian diorang..last2 diorang ikut..

Memanglah ada anak kecil dan melayan karenah mereka setiap hari memenatkan. Tapi sebab rasanya kalau kita marah-marah, kita sendiri yang bertambah penat. So biar je diorang nak buat apa, sebab diorang tengah belajar. Just kalau benda yang diorang buat tu salah tu kita bagitau tegur.

Mama tau diorang masing-masing nakkan perhatian. Tapi mama ni ada banyak benda nak buat sekaligus. Sebab kalau sorang buat perangai, of cozlah yang lain serentak sama. Tak ke time tu kelam kabut? Maka kadang-kadang time tulah timbul perbuatan mama yang tidak disengajakan iaitu " terbabap" . Tapi korang jangan salah faham pulak. Saya bukanlah mendera anak-anak saya. Pukul sekadar nak bagi pengajaran. Tapi saya tetap rasa perbuatan ni salah... Dah tentu diorang tu anak-anak yang saya kandungkan dan lahirkan susah payah, semestilah saya sayang sangat mereka. Sedar diri ni tak sempurna,pasti lah ada melakukan kesilapan tanpa sedari.  Pas "terbabap" tangan tu pasti jauh dalam sudut sanubari hati ni akana rasa menyesal sangat-sangat...

Tak mahulah dengan "terbabap" nye tangan mama dekat diorang, diorang jadi lasak, ganas dan nakal..
Kaedah pujian yang mama dan papa praktikkan dekat diorang amat berkesan. Setiap kali diorang buat perkara yang betul kami puji mereka. Cara ni memang banyak impak positif. Dan boleh lihat sendiri hasilnya. Diorang akan bertambah rajin untuk melakukan perkara yg sama selepas kami puji mereka..

Tapi bila "terbabap" tu mestilah dorang akan nangis.. Kesian dengar tangisan anak-anak kecil ni.. Rasa tak smpai hati kadang.. Tapi takkan nak biarkan  diorang dengan kesalahan demi keslahan?? Habis nak buat macam mana ye, tulah jalan terakhir yang akan dilakukan bila dah semua cara dah tak jalan..

Ok pas mama menggoogle..

HAD PUKULAN ANAK 



“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”
(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)
Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.
Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Maka , didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…in sya Allah.
---------------------------------
SUMBER 2
Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Malaysia
SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak. 
 
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif. 

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka. 

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka. 

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak. Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut.


Kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan. Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka.
 
Lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa. Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.


* So papa..please take note..jangan marah diorang time papa layan TV citer papa je.. Diorang boring sebab tak dapat tengok kartun diorang bila papa ade.. So mama tak suka papa marah diorang time ni k.. Pe kata papa bukak je kartun diorang , supaya diorang tak main bukan-bukan dan buat papa marah... Sekian....


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...