Ini dia sup ikan haruan yang dimasak oleh chef abul (tapi kena ada advisor dekat tepi)... huk huk..
Menu dalam pantang haritu... (actualy tekakku tak dan makan ikan haruan).. tapi nak baik punya pasal..
Actualy sedap ikan haruan ni..dan harganya sangat lah mahal mencecah RM500- RM1000..
Tapi yang masak di atas ni ikan haruan murah je..harap maklum..hahahah..
dan kelebihan ikan haruan adalah seperti berikut :
1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
5.Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan
6.Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
7.Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit
RESIPI SUP IKAN HARUAN (UNTUK ORANG BERPANTANG)
Bahan :
Bawang Merah
Bawang putih
Halia
Lada Hitam
Serai
Lobak merah
Lobak putih
Daun Kucai
Kayu manis
Ikan haruan
Olive oil
Asam keping
Cara:
Kisar bawang dan halia,tumis dengan sedikit olive oil,serai yg dititik,kayu manis,asam keping sampai naik bau. Pastu letak air,lobak2 dan daun kucai. Last sekali ikan haruan.Masak sampai jadi pati pun boleh, sampai ikan haruan tu dah betul2 masak dan mendidih ye :)
Tadaaa
Berasap lagi tu.....
Salam
ReplyDelete