Skip to main content

TIPS NIAGA : Cara Tingkatkan Sale Bisnes!

 Idea pemasaran Doktor Azizan.maka dengan itu,sila ingat dengan baik dan amalkan la semua yang diberi.kalau tak dapat semua,1,2 tips tu cuba kita apply dalam biz kita.tengok ada effect tak.


semua idea ni bukan aku reka2 sendiri yew..semuanya aku copy&paste dari buku merah ni..yang aku dapat PERCUMA waktu pergi Seminar Jutawan Industri November tahun lepas.untung jugak aku pergi waktu tu,dapat buku ni percuma.Kalau nak beli mahal wooo..harga hampir RM100 hanya untuk buku nipis ni.tak caya?boleh tengok harga buku ni dekat sini .Tapi memang harga tu tak setanding la dengan ilmu yang ade dalam buku ni..

Baiklah..baiklah..masa untuk men'cedok' ilmu.dalam buku tu ada 50 tapi aku tak share semua nya.aku highlight mana yang penting dan sesuai dengan business online sahaja..

iDea PEMASARAN dari DOKTOR AZIZAN OSMAN

1- Berikan jaminan wang dikembalikan
sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda,berikan jaminan anda.Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.

2- Minta dan gunakan testimonal pelanggan
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang telah mendapat perkhidmatan yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

3- Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain.
Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa.Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya atau topi santa berlogo atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi 'bersama-sama' anda setiap hari???

4- Rakamkan video anda di Youtube
Steve Job,CEO syarikat APPLE INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru merka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah.Jangan lupa link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

5- Maksimakan jenama(Branding) menggunakan alatulis perniaagan anda
Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat(letter head),sampul surat,kad hari raya,sampul duit raya.t-shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda.Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat 'besar punya'.

6- Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda
Dalam kad perniagaan,anda seharusnya meletakkan maklumat perniagaan atau kepakaran anda.Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti 'ALI BIN AHMAD,PENGURUS SYARIKAT ALI BERSAUDARA'??'.Tetapi anda tidah tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad?Gunakan kad perniagaan untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.Elakkan daripada meletakkan biodata diri terlampau banyak 
Tips tambahan: biasakan memeberi 2 keping kad perniagaan kepada orang lain dan katakan anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin memerlukan perkhidmatan anda.Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

7- Blog
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web,apa kata gunakan blog.Ia adalah percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda.Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda.

8- Sentiasa update maklumat baru di dalam laman web/blog anda
Anda tak perlu bimbang tentang strategi SEO(Search engine optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google.Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa update maklumat/informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin.Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

9- Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.
Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan,menjawab panggilan telefon dengan cepat sebelum 3 kali berbunyi,melayan pelanggan dengan mesra&tenang.Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil,sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

10- Beikan kad discount atau voucher percuma
Cara paling mudah&cepat untuk buat pelanggan setia kepada anda.Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta,berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda,anda mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

11- Sentiasa tersenyum dan teruja
Ya,ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan tenaga positif.Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berurusan dengan anda.Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!

12- Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda
Ya,pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan,apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya.Ia membeikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda.

13- Tingkatkan imej anda,peniagaan atau kedai anda
Pelanggan suka berurusan denan mereka yang sentiasa nampak baru,segar,terkini dan ceria.

14- Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet
Bersedia memberika tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda.Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda

15- Pergi bercuti
Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya,anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru.Apabila anda bercuti,anda mempunyai masa untuk lihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda kan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.

16- Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan
Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka.Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuat anda unik



17- Menjual apabila anda mengeluarkan inbox
cuba gunakan ayat ini - Terima kasih kerana berurusan dengan kami,semoga kami mendapat bayaran yang pantas!

18- Buat sesuatu yang diluar jangkaan
Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirikan SMS kepada anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun untuk hari itu sahaja,tanpa sebarang sebab.Hanya sebagai tanda penghargaan.Pasti anda akan rasa gembira.Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda.

19- Manaikkan harga
Kadang-kadang strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda.Anda mungkin kehilangan pelanggan yang 'low-end' tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi nilainya.

20- Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan
sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda,anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

21- Berkawan dengan selebriti radio atau TV
Cari jalan untuk merapatkan diri dengan mereka.Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan.Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran



Comments

  1. t.k atas ilmu yg diberikan... smoga tuan sucses dlm hidup & diberkati Allah s.w.t. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi drop membaca disini... jemput baca blog ini untuk perkongsian tips ilmu bisnes & keusahawanan http://ilmumeniaga.blogspot.com/ :)

      Delete
    2. mohon share ye...ilmu yang sgt bermanfaat..terima kasih sis anis..

      Delete
    3. Sama2.semoga bermanfaat ya !

      Delete
  2. Salam. Terima kasih atas perkongsian. Saya telah mengambil 3 tips dari perkongsian Anis ke blog saya. Terima kasih ye..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ni, ilmu yang sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. :)

    ReplyDelete
  5. Arigato !
    Tip yang best best... Harap dapat tambah lagi tip kat sini.. Bravo !

    ReplyDelete
  6. Minta izin share info ni ya. tq :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...