Skip to main content

TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI

Kali ini pula adalah entri berkenaan isteri. Isteri adalah permaisuri suami. Isteri penyeri keluarga. Bagaimana  pula sesebuah keluarga itu nak bahagia andai isteri diabaikan suami. Dinafikan haknya? Kepincangan rumah tangga itu mesti ada masalah hal berkaitan suami dan isteri.. 

Di zaman moden ini, akhir zaman ini semakin ramai keluarga yang bercerai berai. Ye wanita ramai berbanding lelaki . Sejurus itu lelaki juga tak perlu bimbang nak mencari wanita untyk berkahwin. Persoalannya mudah ke nak berkahwin zaman sekarang ni? Ramai lelaki impikan isteri seperti halimatus saadiah dan khadijah. Namun diri mereka adakah sudah setanding Rasululullah. Suami perlu bimbing isteri dan keluarga . Andai suami tersasar isteri yang baik akan menyedarkannya agar kembali sedar menuju ke jalan Allah. 



PERANAN ISTERI


1) TAAT SUAMI
- Sehabis baik isteri mentaati suami. Suami pun kenalah dengar rintihan isteri. Awak2 nak bahagia. Tapi awak2 cuma nak isteri dengar kata awak jer... Masalah isteri , masalah keluarga, masalah anak-anak awak abaikan, nafikan pula hak mereka... Lepas tu kalau pung pang terjadi barulah awak2 rasa menyesal... Isteri punyalah nak jadi isteri terbaik membantu awak2 yang kurang mampu tu.. Tapi bila hat mana awak2 dah selesa part tu isteri bantu awak pula biar dia pikul tanggungjawab tu  ,kiranya awak dah tak perlu fikirlah.. Amboi... sedaplah hang.... Tak kesian ke hang kat bini hang??? Hang nak dialah jadi isteri jadi permaisuri jadi ratu... Tapi hang bebankan dia dengan layan anak, layan hang, bantu hang cari nafkah... Adoi.... hang ni perlu bukak mata... Macam manalah isteri ni nak bersabar.. Dia boleh bersabar, dia taatkan kamu... Tapi hati dia merintih, perlu tempat mengadu... Untuk buang sengsara dan beratnya apa yang dia pikul selama ni.. Isteri yang baik tak akan mengadu kat hat tempat bukan-bukan... Dia masih mengadu pada suaminya . Dia harap suaminya selesaikan masalah ini..Janganlah hang ni biar mereka sengsara lagi.. Sayangkan dia , sayangkan keluarga cepat-cepatlah selesaikan masalah ini...

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

2)MELAYAN SUAMI
Isteri baik melayan suaminya. Menjalankan tanggungjawab terhadap suaminya. Mleahirkan zuriat untuk suaminya. Kalau suami tak nak anak, isteri tak nak anak... Ee keluarga tu bertahan lama..Ad penyeri ke rumah tangga tu??? Suami pun tengoklah keadaan isteri tu. Kalau hang bagi keperluan yang cukup. Makan , pakai, tempat tinggal, nafkah zahir dan batin secukupnya. Isteri hang memang jadi ratulah. Tak payah dok wat ape dah.. Tak yah fikir ape lagi masalah dunia yang melanda. Hanya fikir membahagiakan suami dan menjaga anak-anak jer. Ni tidak, si isteri tu dahlah bantu hang cari nafkah , hang mintak dia uruskan rumah tangga perfect!, hang minta lagi dia cukupkan apa yang tak cukup, hang minta dia layan anak2 baik2, hang minta rumah macam syurga, hang minta dia beranakkan anak hang, keperluan dan pakaian jalan2, raya, hadiah ke hape hang tak sediakan..hang tau tak banyak beban yang dia perlu tanggung... Diri dia pun nak cantik, wangi, molek2 berhias semua untuk hanglah tapi kesian hang tak sediakan , tapi hang nak dia jadi bidaari..ececeh... mimpilah.. kesianlah hat isteri tu...Semuanya nak kena pikul demi membantu suami membesarkan anak2 , menambahkan anak2, merancang keluarga,  melengkapkan keperluan keluarga....Demi kelangsungan hidupla katakan... Isteri mana , perempuan mana, ibu mana yang tak sedih, tak terasa hatinya andai anak2 nya dia kurang perhatian dan kasih saayngnya kerana terpaksa membanting tulang 4 kerat... Suami pun bagilah masa isteri tu tak payah fikir masalah dunia.. masalah dunia hang jelah tanggung, bagi isterimu jadi bidadari... layanmu , layan anak2 udah...kamu nak bahagiakan??? Kamu bagilah dia bahagia...ni kamu suruh dia selesaikan masalah dunia buat apa...Kamu nak banyak masa berehat.. Kamu nak banyak masa bersam keluarga... Tapi kamu dah siakan hak isteri kamu...Last2 isteri kamu pula perlu menjalankan tanggungjawab kamu... ha amikla ko itu yang ko nak ,sekarang itulah yang kamu dapat...

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

3)MENGURUS RUMAHTANGGA
Macam atas tadilah , kalau si suami bagi sediakan keperluan yang cukup rohani dan fizaikal. Rumah tangga tu terurus. Isteri yang baik akan menguruskan rumah tangga dengan baik. Bagaimana pula kalau aspek tak terurus terjadi? Ini mungkin sebab isteri turut sama BEKERJA mencari nafkah. Si suami kenalah sama-sama uruskan rumah tangga. Kalau nak isteri tu urus je rumah tangga tak yah la bagi dia buat kerja dari rumah untuk cari duit bantu hang atau tak yah kerja kat opis ke mana-manalah.. Hang beri je keperluan cukup , baiklah isteri hang tu... Contoh, hang balik kerja semua tersedia atas meja, hang nak makan ape cakap, hang nak tido eh bidadari pun dah ada sedia, hang nak bergembira ada je bidari layan hang. Kalau hang jaga bidadri hang baik-baik. Bidadari hang pun layan hang baik2.. Itu isteri yang baiklah.. bukan isteri yang tak sedar diri dan tak reti bersyukur.

Yang jadi masalah... isteri nak uruskan rumah tangga isteri tu jugalah kena kerja bantu hang sediakan segala keperluan dan besarkan anak2 semakin membesar dan keluarga makin bertambah... Hang nak semua terurus, anka terjaga, tapi hang tak nak ambik alih peranan yang dia pikul tu kat bahu hang sendiri. Kesian tak isteri hang tu... What type of husband is this???? Huh!!

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.


4)MENJAGA MARUAH DIRI,SUAMI DAN KELUARGA
Bersyukurlah hang dapat isteri yang pandai jaga maruah diri dan keluarga. Hat zaman sekarang ni nak jumpa perempuan elok perangai bukan senang la oi. Ye perempuan memang ramai. Kalau dah gatal macam buaya telan je semua perempuan yang ada tak kira baik ke tak. Tu taulah hang jenis macam mana. Hanglah lelaki dan suami yang tak reti jaga maruah sendiri. Lepas tu tak yahlah nak salah kan isteri hang... Hnag yang tak bersyukur dengan isteri yang ada... Hei macam2 kes zaman akhir2 ni...

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.


5)MENYENANGKAN HATI SUAMI
Isteri mana yang nak susahkan suami? Isteri yang baik tu kalau diberi segalanya2 cukup dia akan jaga suami dia baik2. Masalahnya hat zaman sekarang lelaki tak sedar diri... Dia nak si isteri je yang senangkan hati dia. Tapi dia pernah ke menggembirakan isteri dan anak2. Sedangkan masalah dalam keluraga pun dia tak nak ambil tahu. Ya... isteri baik dia akan berusaha nak bantu suami dia... Dia tau suami dia susah dia bantu.. Tapi yang menjadi masalah... bila dah dibantu, dia biar isteri dia buat semuanya... Terkontang kanting... Masalah isteri dia cuma nak membantu dia... ADuhai nilah hat masalah paling bermasalah... Bila sis suami tak nak sedar diri..Tak nak buka mata... Kau kata sayang bini, sayang anak, sayang keluraga. Apa usaha kau nak menyenangkan isteri kau??? Apa usaha mu untuk isteri kamu boleh menyenangkan kamu... Tolong heh buka mata kamu luas2 para suami.. Bantu isterimu . Bagilah dia bibik ke , orang gaji ke kalau kerja rumah tu banyak. Kalau hal kewangan tu tak yah lah suh isteri kerja kalau kamu nak dia duk umah. kamu hulur dia nafkah dia. Duit isteri duit isteri, Duit suami duit isteri. Tapilah kan... isteri yang baik.. duit dia  pun dia dahulukan untuk keluarga... Tapi sekedar nak mebantu.. Bukanlah kewajipan..yang menjadi masalah...bila suami kata isteri wajib bantu hat mana yang dia tak prlu buat... aduhai..pincanglah keluarga tu... kesian isteri dan ank2 mu.. inilah part lelaki boleh bermalas-malasan... lepas tu dah senang nak impi pasang 2, 3, 4.... Hang sedar tak isteri mu yang pertama tulah yang berhempas pula bina cari kebahgaiaan untuk mu dan keluraga???
Adoi macamanalah isteri nak menyenangkan hati suami.. Pada Allah je tempat dia mengadu... Selagi mampu kan..bertabahlah...

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.

(Imam al-Ghazzali)

6)PENDORONG DAN PEMBERI MOTIVASI
Isteri yang baik akan sentiasa berusaha ajak suami berbincang apa je masalah mendatang nak selesaikan sama-sama. Kalau suami ada masalah iSteri mana turut tak risau. Isteri yang baik tu  turut sama berusaha selesaikan masalah suami dan keluarga

Yang menjadi maslaah disini.Apabila suami ego. Dahlah ada masalah. Tak ank fikir masalah tu.Tak nak bincang taknak pula selesaikan. Biar je tunggu masa dan keadaan. Berdoa harap dia selesai.. Huh.. jangan mimpi.. Allah tak akan merubah sesuatu kaum tu selagi dia sendiri tak berubah . Sedar ye wahai si suami sekalian... 

Isteri yang baik ni segala perubahan yang ada dia alert. Dia bagitau suami dia semuanya untuk kebaikan bersama dan masa depan keluarga. Sebab ni bukan zaman bujang lagi. Bukan hidup sendiri lagi. Bukan hidup diatur mak ayah lagi.Kitalah ibu bapa yang nak atur hidup anak2 sekarang.

Pada isteri yang menghadapi suami yang keras hatinya, malas, menunggu bulan jatuh keriba, mengharap orang lain... Sabarlah... Allah sedang uji kamu...

Ada petunjuk darinya suatu hari nanti. Petunjuk baik, mahupun petunjuk yang tak baik . Allah akan bagi.. Sekarang ni kita mohon baik2 je.. Jangan sampai kita kehilangan baru nak menyesal tiada guna je dah...

hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Comments

  1. Info yg bagus utk para isteri. Jazakallah

    Jmput dtg blog

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Slm sy nk tny...sbg seorang isteri, slepas suami siapakah yg harus isteri utamakan...ibu kandung @ ibu mertua....mengikut islam..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam @zaimah nawawi

      Saya harap dapat tanya pada yang alim.. mengikut pengetahuan saya


      Turutan nya begini bagi ISTERI
      1) allah
      2) rasul
      3) suami
      4) ibu bapa kandung
      5) ibu bapa mertua

      Harap dapat membantu dan seharapnya juga agar rujuk pada yang lebih arif.

      Wallahua'lam :)

      Delete
    2. Tq untk info

      Delete
  3. Tq to blogger.. Info yg hebat..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...