Skip to main content

KANDUNGAN 37 MINGGU : TANDA BERSALIN

 Alhamdulillah.. kandungan ke 4 ni sampai jugak ke tempoh 37 minggu...


Ok.. hari ini dah mula sakit-sakit balik tapi tanda masih tak keluar lagi . Mari saya senaraikan apa yang berlaku sekarang : -
  • Keseluruhan perut mengeras dan meregang. Yang ni rasa maacam keras macam batu. Tak tau apa yang baby buat kat dalam tu. Tapi bila mengeras ni datng bersama rasa sakit sangat. Pakej lengkap la. Sakit dalam perut rasa memulas-mulas perut , pinggang dan punggung. Tempoh mengeras ni lama 5 minit dan 10 minit. Dalam 1 jam tu banyak kali. Huhuhu..masih x nak lagi pergi hospital.. Kadangkala baring tak meredakan keadaan , duduk juga tak meredakan keadaan. Tak tau dah rasa nak gayekan macam mana lagi ni.
  • Sakit pinggang dan bahagian belakang . Keseluruhan punggung/pinggul belakang rasa sakit berdenyut mencucuk-cucuk. Pastu terasa la diri ni sangat2 gemuk... Susahnye jadi orang gemuk sebab nak bangun susah nak jalan susah. Ditambahkan dengan rasa sakit. Ni pun pakej lengkap gak.
  • Kerap buang air kencing. Taula baby memang dah engaged . So kedududkan baby sekarang memang menekan pundi kencing. Tapi keadaan ini amatlah tak selesa. Toilet tu kalau boleh nak rasa ade kat sebelah je..
  • Rasa nak buang air besar. Tapi tak boleh .Hurm kalo buang air besar tu sembelit  dan kadang-kadnag cirit. Aih.. yang ni memang tak faham la.. Tapi kalo rasa tetiba nak meneran time berak tu memang terus bangun la.. Takut ma baby terkeluar tiba2 je... Yang ni dah banyak kali rasa.
  • Susah nak tidur.. Kalo tido tu baring mengereng lebih selesa ke arah kiri berbanding kanan. Tak tau kenapa...Kalau baring menelentang tu rasa sangat sakit belakang.
  • Gerakan baby makin keras dan kuat. Mulalah terbonjol . Tapi perasan sekarang sebelah perut kiri selalu ada bonjolan dan gerakan .Sebelah kanan jarang la. Tak taula tu apa. Kaki ke tangan ke siku ke. Tapi tiap kali terbonjol dekat situ mama siap pegang2 usap2. Baby pun bagi feedback. Sahut salam mama dari luar.. Hehehehe...Tang dia bergerak macam nila memmang la sakit...
  • Nak bangun dari duduk tu Ya Allah seksanya.... Minta suami dan anak-anak yang lain tolong paut. Kalau dorang takde..ape je yang ada dekat sekekling tulah tempat berpaut. Mmemang seksa aih jadi orang gemuk ni. Nak bangun pun susah.
  • Gatal bahagian bawah pusat. Dekat ari-ari.. Konpem kepala baby dekat situ dah. Mesti rambut dia yang buat gatal ni. Tak selalu.. kadang-kadang je. Time gatal tu nak je menggaru sakan. Tapi tak berani takut strechmarks teruk. Gosok2 je...Tak pun sapu VCO & LOTION. settle..
  • Mengantuk... Kalau dapat baring je konpem tidur..Itulah penawar sekarng ni. Tak perlu cakap banyak
  • Nak jalan sakitnya... Tapi kadang-kadang datang carmp dekat pinggul dan kelengkang. Aduh..yang ni memang seksa la.. Sekarng ni nak jalan memang ekna berhati-hati sebab memang sakit. Tapi kenalah banyakkan jalan dan bergerak untuk cepatkan bukaan.

Okey itu sahaja tanda yang ada sekarang.. Yang lain tu masih tak ada lagi. So amalkanlah pemakanan yang berkhasiat untuk bagi tenaga ketika nak bersalin nanti , rehat yang mencukupi dan amalan kebergantungan pada Allah lebih kerap. Kita tak tahu kan... bersalin tu macam bertarung ajal.. Insya Allah semoga semuanya selamat. Amin...




Comments

  1. Nadiah Hamdan5/18/2014 12:33 AM

    Hanis..ko sama cm aku ngndgkn si aidil.aku lbh slesa ngiring sbla kiri.klo sbla kanan nnti pinggang aku akn rse sakit sgt.agknye ank lelaki mmg cmtu kot.tp bab yg byk bejalan tu mmg betol.byk bejalan n naik turun tgga bole cptkn proses bersalin.alhmdlh aku sakit cume bbrapa jam je pstu besalin.aku pn xsgka sekjp tu.smpai suami aku xsmpt msok laboor room utk tmnkn aku besalin.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nadiah hamdan : huhu..post ni aku buat sebab..aku xberapa ingat mengandungkan anak2 yg lain macam mana keadaan aku..so dengan harapan kalau mengandung lagi..so bolehlah imbau semula kenangan silam..hehehe

      Kata suami , sama je keadaan aku mengandung yang lain2.. macam gini juga kerenahnya..hahha..entahlah bila kita tengah hadap benda tu..jadi macam baru pertama kali ngandung pulak..semua macam tak tahu, tak pasti..lebih kurang gitulah..

      Ya banyak gerak & melasak sebelum bersalin digalakkan sangat2.. kalau kita kuat sebelum tu, nanti nak bertarung kat labor room pun kuat..insyaallah...pasal lepas bersalin dah tak boleh lasak mana.. bnyak benda nak kena jaga & berhati2 yo!

      Delete
  2. Hanis..ko sama cm aku ngndgkn si aidil.aku lbh slesa ngiring sbla kiri.klo sbla kanan nnti pinggang aku akn rse sakit sgt.agknye ank lelaki mmg cmtu kot.tp bab yg byk bejalan tu mmg betol.byk bejalan n naik turun tgga bole cptkn proses bersalin.alhmdlh aku sakit cume bbrapa jam je pstu besalin.aku pn xsgka sekjp tu.smpai suami aku xsmpt msok laboor room utk tmnkn aku besalin.huhu..

    ReplyDelete
  3. Ayu google tanda bersalin sampai ke sini. Salam kenal sis.. Sy nak bersalin sulung. Skrg da 39 weeks. Tu yg gigih dok google je. Mlm td da mula semalaman xleh tido dok kencing kencing n sakit segala. Tp xreti tapsir ni false labour or true. Hihi

    ReplyDelete
  4. Smue yg sis tls sy rasa skrg..sy baru nk msk 37weeks,pinggang mng jgn ckp skitnye, asik nk trberak n kencing,tapi msh cmfsu tanda2 nie btl ke nk bsalin bb ptama kali kn..jd xad pglman...so google jmpe enter sis...

    ReplyDelete
  5. Salam..apa yg sis ceritekan ni sama apa yg tgh sy lalui skrg...sy baru nk masuk 37 minggu...tanda dh mcm2..keluar air n lendir.tp rs ye bby lum nk keluar lg..hrp2 cpt la dia keluar..sy dh x larat sgt nk berjln.rs semua sakit dari perut ke pinggang sampai la ke kaki...

    ReplyDelete
  6. Salam..apa yg sis ceritekan ni sama apa yg tgh sy lalui skrg...sy baru nk masuk 37 minggu...tanda dh mcm2..keluar air n lendir.tp rs ye bby lum nk keluar lg..hrp2 cpt la dia keluar..sy dh x larat sgt nk berjln.rs semua sakit dari perut ke pinggang sampai la ke kaki...

    ReplyDelete
  7. Saya da 37 minggu sis..tp satu je sy xskit lg...xskit pgang lg pn...tp prut mgras smua da rsa cuma terik ke pingang je blom sis...bila nk bsalin ni..xthu lh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah...perut asyik mngeras dan sakit pinggang...da masuk 37 mnggu da ni

      Delete
  8. Salam nak tanya saya skrg 37 minggu 2hari dari SMLM pinggang sakit sngt cucuk2 bisa2 sampai duk xsenang baby mgeras dan tegang je semua tempat sakit tapi xada keluar tanda2 lagi sampi ari sakit lagi saya xgi hospital lagi,ni tanda nk bersalin ke

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...