Tahun ni pertama kali nak beraya dengan “si puteri”🙊
.
Dah 10 tahun beraya sebagai permaisuri dan bonda.
.
10 tahun ni tak mudah
.
Macam-macam dah rasa
.
Soalan kerap dapat tiap kali raya.. dolu-dolu (tahun lepas la paling latest 😜)
.
Boboi semua ke? ( masa tu 5orang)
Gegel bila lagi?
.
Tiap kali dapat soalan tu , tiap kali tu biskut raya tercekik kat tekak, air minum terasa kelat.
.
Yang bertnya tu ingat restoran ke semudah order je kemudian menu sampai 🤣😅
.
Yang ke 6 ni memang tak plan pun..
tup tup keluar gadis!
Masa dalam perut tak dapat dikesan status dia 😜
Hopeless ..
Tak letakkan harapan yang tinggi
Asalkan keluar tu sihat walafiat dan sempurna sudah...
.
Dia Maha mendengar
Dia bagi tak mudah
Sekali dengan pakej kombinasi
.
Mak dia hampir nak lumpuh
Alergik terbakar masak tersiat kopek kulit satu badan
Ayah dia terpaksa handle 5 anak kecil
Ada yang masih sekolah
Semua urus sendiri
Mak dia yang sakit ni lagi
Baby yang tak mengerti lagi
.
Semua sendiri
Ye sendiri
Bukan tak pernah ada pembantu
Bukan tak pernah semua tu
Ada sebab kenapa kami decide nak jaga sendiri
Besarkan guna tangan kami
Tulang 4 kerat ni
.
Dengan segenap kudrat tenaga yang ada
Independence parent kami ni
Tanpa bantuan family terdekat
.
Belajar.. boleh je..
Sanggup ke tak sanggup je tinggal..
.
Nampak macam best
Sabarlah semua ada ujian masing2
.
Yang masih TTC sabar
Allah bagi bila dah tiba waktunya
Allah bagi ujian ikut kemampuan hambanya mampu pikul
.
Kadangkala rasa nak rebah jatuh
Tengok mata comel tu semua
Tak jadi
.
Bangkit
Jalan terus
.
Move On
.
28 Ramadhan
Coretan ibu anak 6
Yang teruja jakun baru dapat anak girl
Raya pertama tak dikelilingi hero lagi
Selepas 10 tahun menunggu
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA