Skip to main content

Keguguran (hamil ke 7) Anak syurga kami

 TUMPAH DARAH


Ahad yang hening. 


Sis dah memang tengah berpantang.


Tak ada angin tak ada ribut tiba- tiba sis tumpah darah.


Ni betul-betul darah yang segar panas merata-rata jatuh ke lantai.


Anak2 sis lap berganti kain pun masih darah tak henti mengalir.


Sis dah rasa nafas kat hujung dada makin sempit sesak. 


Tak mampu sis nak gerak. 


Apa nak jadilah kali ni. Redha dan pasrah.


Sis dah hampir nak terpejam mata, pandangan dah mula kabur.


Anak2 sis awat kalut. Hampir tekan butang 999. 


Suami sis dan dan sampai tercegat depan rumah. 


Dengar suara anak2 tak sabar-sabar panggil papa-papa.


Sis pun tiba di hospital. 


Tiba-tiba kontraksi sangat kuat selang 2 minit . Then sis ter’push’ depan ramai orang tu.🙊


Sis cuba kawal  nafas dan ada rasa panas sangat kat bawah. 


Masa tu fresh blood masih tak henti mengalir . 


Dan tiba-tiba ada rasa ada benda besar keluar.


Doktor scan masa sampai tadi masih ada kantung lagi. 


Sis konpem tumpah darah. 


Doktor cek bawah pulak. Ya beda bedu...  


Alhamdulillah seketul besar penumbuk dah selamat keluar. 


Kantung. Ala sebenarnya uri tu. Janin memang dah tak ada.


Alhamdulillah kali ini betul-betul lega. Dah bersalin tanpa anak.


Doktor masukkan alat mulut itik tu, bagi buang sisa darah ketul keluar dan cuci rahim. Sis rilek je tak panik.


Sis pun ditahan wad sebab kehilangan darah yang banyak.


Esoknya doktor bagi discaj.


‘Tahniah puan dah complete misscariage. So tak perlu buat D&C’.


Sis senyum je anggukkan.


Nak je jawap...tahniah heh😩


Pedih dok. 


Perit rasa!


Lagi perit dari beranak.


Hari ini restart dari awal pantang balik.


Chef rasmi masakan pantang sejak dari anak satu, suami masak simple je.


Tapi rasa nak minta tambah sepinggan nasi panas lagi. 


Haisshh kata dia🤣


Hanis Hanan

#bondanak6

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...