Skip to main content

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK

Ingat tak hari tu cakap nak bawak alwan bawak check up di sebuah klinik ni..

KLINIK WANGSA 
Dr Nadir Khan dan rakan-rakan..

First time pergi sini.... selalu bukan check up dekat sini.. Klinik dekat rumah je.. Yang ni xla jauh sangat dari rumah.. dekat sebelah je Jusco Wangsa Maju..


Tujuan pergi klinik ni sebab katanya doktor tu bagus.. tak main tibai dan bedal bagi ubat jer..
Bengang dengan perkhidmatan klinik yang biasa pergi sebelum ni tu..  Dulu pergi situ je sebab , doktor bagus, ubat bagus , servis bagus dan plus++ dekat sangat dengan rumah... Tapi sekarang, klinik tu dah tak bagus. Seriously, bukan doktor yang bagus tu lagi... Sekarang ada bnyk doktor dah..dan semua tu DOKTOR YANG MENCARI KEUNTUNGAN JER.. Why kte cakap camtu???? Sebab check pun tidak lagi... setakat tanya pastu bagi ubat.. Kalo tak demam pun bg ubat demam.
Padahal datang sebab kes bukan demam pun.. Mula-mula boleh lah tahan.. makin lama makin pelik.. Ingat lagi, dulu Aeman gtercekik tulang ikan.. Bawak situ doktornya takut nak keluarkan.. (Alasannye.. kita takde alat nak keluarkan tulang) Dia suh refer hospital pulak.. Then Aeman terpaksa bertahan dari klinik tu ke hospital pulak semata-mata nak kuarkn tulang kat tekak dia tu... Datang hospital..doktor yang keluarkan tulang Aeman tu leh gelak jer. Senang sangat dia keluarkan.. Dia cakap klinik mana awak pergi ni??? Huhuhuhuh..... entah pape...

Lagi satu.. mula bawak Alwan sebab batuk, flu tu la.. Pastu dia bagi ubat punya banyak.. Ubat tu sama macam abang-dia dapat.. Kuantiti sukatan nak bagi Alwan pun sama macam abang-abang dia.. Kesudahannya..pas bagi ubat tu.. Alwan tido tak menyedar.. bila kejutkan dia tido balik..memang malas sangat nak bangun! Lama giler tido.. Tak baikkan untuk otak baby??? Sedangkan masa tu dia tengah demam dan batuk kuat.. Kalau dia pasif macam tu, boleh baik ke demam dan batuk dia??? Yang paling tak tahan dos kena bagi alwan sama macam abang-abang dia.. Abang dia kan dah umur 3 tahun dan 2 tahun... Kenapa dos sama dengan Alwan yang 3bulan baru je ni... ? Doktor klinik ni dah gila sah-sah.. Selamba badak je bagi baby aku ubat.. Dia tak check betul-betul pun.. geram aku sebagai mak dia! Huhhh!

Kitorang pergi klinik tu hari Sabtu pagi.. Yang ada masa tu bukan Dr Nadir.. Tapi Dr Lokam..
Walaupun bukan Dr Nadir (harapannya nak jumpa Dr Nadir)....  , Dr Lokam ni bagus jugak la.. Dia check bebetul dan tanya umur baby ni.. Pastu terus wat nebulizer.. Lepas wat Nebulizer dia sedut pulak lendir dan kahak dalam hidung dan mulut Alwan.. Oklah this doktor... Bukan main tibai je...
Alwan sedang ber'nebulizer' . Tujuannye nak cairkan lendir dan kahak dalam hidung dan peparu. Ada gas dan air masuk masa ni..

Abang-abang dia pun mulalah menyibuk sama... Alwan masa ni dia ngantuk sangat...So dia tak meronta dan senag je masa wat neb ni..

Masih tido lagi..dekat setengah jam dah ber neb ni.. Aeman riso je ngan adik dia.. Asik tanya je.. nape dengan Alwan tu...

Yang putih tu wat nebulizer Alwan.. Yang kuning tu wat masuk tiub dalam hidung dan mulut Alwan...

Nilah nebulizer tu..
Bawah tu motor dia.. See... berkarat siap.. berapa lama lah usia klinik ni???

Masa sebelum masuk bilik doktor tu... Ada orang nak beli ubat demam je.. Nak tau klinik ni cas berapa ?? RM6 je... Gila murah....! Kalau dekat klinik yang biasa kitorang pergi tu tak dapat harga cam tu...

Then, selepas memerhati kesluruhan klinik ni.. Klinik ni.. macam dah lama.. barang-barang pun biasa-biasa je.. Masih guna sistem kad pesakit lagi.. Bnayak rak kad-kad macam kat klinik kerajaan dulu-dulu dekat meja receptionist dia...  
Compare dengan klinik biasa kami pergi sebelum ni, agak modern la.. semua dah guna sistem komputer... Samapai doktornye pun dah ramai. Tapi sejak kebelakngan ni kalau datang ..., patient dah tak ramai masa macam dulu-dulu. Dulu ramai.. Nak berebut dengan 'DOKTOR' yang sorang ni je.. Sekarang 'Dr' tu dah jarang ade.. Kalau ada pun dia tak check patient dah.. tu pasal kut kurang orangjeugak , dan servis pun dah kurang sekarang... Hampeh.. klinik je canggih..! Sadness :(

Ok.. Alwan masih tak ok lagi lepas 3hari makan ubat dari klinik tu..Hari Senin dan Selasa dia meragam sebab tak boleh nak susu..Dah puas pujuk meragam aje.. Doktor pesan kalau masih teruk lagi nafas dia wat nebulizer lagi.. 

Hari Selasa pagi tu datang lagi.. Kali ni ade la Dr Nadir Khan.. Sangat terkejut... datang pagi.. ramai nye orang... Walaupun berderet dengan klinik ni banyak klinik-klinik lain... Tapi kelihatan orang lebih suka dan bertumpu ke klinik Dr Nadir je.. Kenapa ye???

Masa sedang tunggu turn tu, Dr yang panggil nama patient masuk bilik.. Pelik... Mama dah pandang papa je..Papa pun sama.. Nurse kat kaunter ada 3 orang... dekat kaunter bukanlah ade ramai orang pun.. Huhuhuh..pelik... kagum sekali dengan doktor ni (masa tu tak tau lagi doktor yang kat dalam tu adalah dr nadir)..

Tiba turn Alwan. Doktor yang panggil masuk sama macam patient sebelum ni..Dia bukak dan tutup pintu tu..Dahla escort-escort kenot saya terkedek-kedek nak masuk masa tu... Dia perkenalkan siap nama dia Dr Nadir Khan... walawei... tak pernah lagi jumpa doktor macam ni setakat ni,... bagusnye...

mulalah dia berceramah pasal ubat batuk dan selsema tak bagus untuk baby..effect dia. dan bla bla bla.. macam-macam dia berceloteh.. siap ada sesi Q & A... Nampak Dr Nadir ni macam dah penat.. tapi dia masih bersemangat nak bla bla bka n check up Alwan pun betul-betul..(padahal kte tak tanya pape pun) .. dia je yang bercakap...Hhuhuh.. terkesima sekejap dengan Dr ni...
Pastu dia wat nebulizer dan sedut lagi kahak dan lendir Alwan..

2nd nebulizer..Masa ni Alwan jaga.. dia melalak sangat-sangat... kesian tengok dia nangis..meronta mintak lepas masa ni...

Kali ni terkesima lagi.. Sebab Dr Nadir yang buat semua sendiri.. Haritu datang.. Dr Lokam  suruh nurse yang buatkan... Dr Nadir ni basuh tiub,pasang tiub dan sedut alwan.. Pas wat treatment tu.. Dia siap wat live demo  macam mana nak tepuk-tepuk Alwan dekat rumah nanti dan ajar kami cara nak wat steaming dekat rumah guna rice cooker (air panas letak vick)...

Then siap je.. dia cakap tak payah bagi ubat..sambung je guna ubat hari tu.. wah bagus....Kalau klinik lain ni.. asal datang je bagi ubat.. klinik yang ni bukan cari untung je tapi carik pesakit...

Kesimpulannya, klinik ni bagus dari segi  doktor dan servis dan ubatannya.. Sebab alwan dapat dos yang betul compare dengan abang-abang dia..
  • Aeman - 3 tahun = 3.5ML
  • Aryan - 2 tahun = 2.5ML
  • Alwan - 3 bulan = 1.5ML
Alwan makan ubat yg Dr klinik bagi takdelah tido memanjang.. Masih aktif seperti biasa walaupun tak berapa sihat.. Klinik sebelum ni bagi sukatan ubat 5ML untuk Aeman, Aryan dan Alwan (ubat pun sama)...gila tak doktor tu ???? agak nak bunuh  anak-aku kot????

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas beberapa tahun post ini di tulis , anda semua perlu baca post terkini tentang klinik ini disini ya !
WAJIB JIKA ANDA SANGAT BERMINAT DENGAN KLINIK INI!!!
MUST READ!!!!
BACA SELANJUTNYA TENTANG KISAH KLINIK INI DI SINI 
(UPDATE MEI 2014)

***************************************
***********
***
*


DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2


Comments

  1. Klinik ni mmg bagus...dah pernah bw bb saya kat cty

    ReplyDelete
    Replies
    1. UPDATE 16/5/2014

      @Anonymous : Klinik ni doc Nadir bagus .... (sebelum dari tarikh ni)... selepas dari tarikh ni saya dah PATAH HATI nak datang sini lagi . BANNED terus . HATI SAYA DAH PATAH !

      Delete
    2. UPDATE 18/5/2014

      Disebabkan kes yang berlaku beberapa hari lepas pada 15/5/2014 ...kekecohan yg berlaku di klinik ini..anak saya dimasukkan wad.. di hospital doktor pakar memarahi saya kerana doktor 'INI' tidak refer kes anak saya ke hospital cepat2.sekarang anak saya keadaan lebih teruk..baby dah kena jangkitan kuman dalam paru2..sangat tak profesional bagi saya apa yang telah berlaku pada 15/5/2014. Jika nak tahu lebih lanjut sila email saya atau hubungi pihak klinik ini. Jika mereka tidak bercerita keadaan sebenar apa yang berlaku sila berhadapan dengan saya ! The clinic staff very stalker, bertindak macam bagus lebih dari seorang doktor. They need to minta maaf wih me , apa yang telah diorang lakukan menjejaskan tindakan doktor tersebut untuk cek up anak saya elok2 masa tu! Then the doctor also.... please dont blame to refuse your customer , without further i investigation. Percaya sangat cakap ur staff tu. Tapi u sendiri tak bertindak hakimi keadaan sebenar. Main terjah , main redah , main stalk jer... mana ur punya profesionalisme????? Ur action buat saya berfikir berjuta2 kali bahawa menjadikan your klinik dalam favourite list klinik, serta kehadiran saya selama ini ke klinik awak adalah kesilapan saya seumur hidup.bila kita bagi posting memuji melambung macam ini dalam blog kita tentang ur klinik , u tuduh kita burukkan u punya klinik ! Very tak profesional !
      Seriously dengan post saya atas ni berkenaan ur klinik ini.. ramai pm saya personally untuk datang tempat u. Sebelm ni i very recommend to them. BUT NOW ! UNRECOMMENDED! Tak profesional ! Bila kita tak sihat berkait dengan nyawa , kalau saya bermain2 dengan kesihatan saya bermain2 dengan nyawa insan yang saya sayang ! Please doktor Klinik WAngsa & staff perempuan saya tujukan pada perempuan badan gemuk yang free hair jaga kaunter klinik tu. Jangan stalker your patient lagi2 time u sedang bekerja..main internet sempat blogging lagi ye..bagus la tu jadi pekerja contohlah u macam tu!then by staljer your patient u dah menceroboh hak privasi your customer. Your patient is your customer. Ingat tu..memang u boleh berlagak cakap macam ni.. i tak heran refuse 1 customer, ada lagi beribu datang nanti.. ohh ! Baguslah... Allah sentiasa bersama orang yang benar..sila ingat juga konsep rezeki okay.. lagi satu doa ora g teraniaya macam i insyallah dimakbulkan.. i xpuas hati dengan staff klinik wangsa masa i cek dengan doktor nadir.. lagi satu uoll buat salah., why i need minta maaf & explain to you?? Padahal u all yang main hentam...heii please ..staff sila baca posting atas ni elok2 sama ada i burukkan your klinik or your doktor??? Lainlah u oll xbaca dengan otak dan berfkir elok2.. baca setakat baca memang u olls salah faham sendiri...booooooo !!!

      U all ada my contact no kan? Please call.me minta maaf dengan saya. U oll ego sangat masa kejadian tersebut..u oll sorang xada minta maaf dengan i..melainkan u punya doktor saja yang i nampak x berapa faham cerita sebena yang minta maaf dengan i...

      I tunggu staff klinik wangsa all the perempuan .. teruta ladies yg gemuk free hair tu ! Sila minta maaf dengan pihak saya dan suami.. dan seluruh keluarga saya..i tunggu


      Post ini saya tak akan padam sebab saya dah double tanya dengan u punya doktor...doktor nadir kata tak.perlu padam..just buang gambar tulis mesin berkarat tu je.. hahaha...u olls series salah faham dengan tulisan saya...

      Delete
    3. Caption mesin berkarat atas tu menunjukkan i begitu kagum dengan tools yang u ada ni mesti dah lama(lama bukan bermaksud buruk tapi lama bermaksud banyak pengalaman) dan u olls dah bantu banyak nyawa yang datang sini..

      Itulah kalau orang baca dengsn hati yang busuk..mesti tafsirannya pun busuk..kalau hati u baik..u baca dengan berfikir post i ni
      .memuji atau mengeji your klinik??

      I ada ramai readers yang boleh jawabkan..kalau uolls ego tak nak jawab okay.. i tak kisah u refused i.. pasal ni i nak isu

      ×hak pengguna
      ×hak privasi data pengguna yang hadir ke klinik u
      ×profesionalisme (antara emosi u oll @ nyawa pesakit) mana dulu yangbu oll pentingkan
      ×etc..

      Readers around the world sedang baca i punya posting pasal u !

      Delete
  2. Lol kan ikut body weight obat

    ReplyDelete
  3. Nk share pnglmn sy plak..anak sy umo 2bln dh admit wad..batuk berkahak..msk 3bln admit skali lg..ni msk 4 bln admit jugak..sy pegi hosp pakar..n jmpa pakar kanak2..slalu admit keluar ok dh..cume jd blk sbb berjangkit dgn org yg batuk2..tp yg kali ni lps kuar wad..stil lg batuk2..google n try pegi klinik dr nadir..yup mmg dr nadir yg pgl patient..greet..treatment pon by dr nadir itself instead their staff clinic..mmg tu gaya dr nadir kot..tapiiiii. Doctor too busy kejar masa sbb byk patient lain..sbg patient yg dtg menunggu lama..tp session skejap sgt..berbeza la dgn kt hosp pakar..i nk bertanya2 pon x sempat seems like cam nk end cpt2 the session..dorg prescribe ubt..sdgkn i ckp dh dpt ubt from hosp..ubat function sama cair kahak..nk mntk la advice nk bertnya2..tp so upset la tunggu 3 jam jmpa doctor 5 10 mnt..dh blk..amek ubt bayar..buat nab tp my son x muntah pon..ntahlaa..seriously x sure nk dtg blk ke x lg after this..we paid the service..tp so sad la service die..klo tls nama i..nnt stalker tu bgtau doctor n banned me..hahaha..stalker ni klo hati baik..x de busuk ati x pe gak..ni cite kt doctor benda yg salah..dosa tau fitnah..tp doctor pon sama..klo staff cite die nk amek kesah nape..as long org yg dtg klinik die puas hati dh la..klo x puas hati x dtg lah lg..ni siap nk banned2 org..mcm ttp periuk nasi sndri..bantu org len dlm kesakitan tu mmg elok dh la..tp tulaa..bkn sume manusia sempurna..semoga doctor lebih positif..kpd stalker blog kak anis..dosa fitnah lebih trok dr membunuh tau..bertaubatlah..mntk maaf..nnt kang merangkak kt akhirat nk mntk maaf..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam dear :) Lamanya tunggu sampai 3 jam????

      No comment..Masing2 ada pengalaman sendiri kan.. Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan pengajaran.. Mari kita ambil iktibar , tauladan dan sempadan .. Oklah.. untuk kes ni akak pun dah jujur melupakan perkhidmatan mereka.. No more datang sini lagi lah :)

      Buat apa nak bergaul & berada dalam lingkaran "-ve " seperti mereka kan.. Biarkan mereka dalam dunia mereka tu yang rasa diri mereka cukup hebat tanpa lihat dunia luar YANG SEBENAR =D

      Semoga sis dapat paedtrician yang terbaik untuk ur son.. Biarkan stalker tu nak cakap apa pun..

      Delete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...