Alhamdulillah..
Sekarang Aeman dibawah jagaan Kak Zah pulak..Kalau dulu makcik Zah yang jaga.. Sebagai parent yang prihatin, tindakan kami menukar Aeman kepada bbsitter yang baru adalah tindakan yang paling bijak. Segala kemungkinan we all dah fikir masak-masak.Ini semua demi anak.
Tak maulah menyesal di kemudian hari... Macam-macam kisah dah jadi sekarang ni.
So ,kalau nak cakap bab 'jaga hati'. Kami ni sebagai parent dah cukup 'makan hati' dengan tindakan makcik Zah..
Mungkin dia fikir kami tak tahu,sebab kami tak nampak.
Mungkin dia fikir kami tak kisah, sebab kami tak bising.
Mungkin dia fikir kami tak peduli, sebab kami percaya dia.
Mungkin dia fikir kami gembira, tapi kami susah hati dengan tangisan dia.
Mungkin dia fikir kami tak tahu, tapi hakikatnya kami tahu.
Mungkin dia fikir dia boleh sembunyikan sesuatu, tapi ramai yang boleh beritahu.
Mungkin dia lupa,tapi kami ingat.
Mungkin juga dia lupa, naluri seorang ibu yang menyusukan bayinya..
Sebenarnya,banyak masa kami dah bagi.
Untuk dia sedar segala kekurangan dan kesilapan yang dia telah lakukan.
Bukan kami tak beritahu, tapi dia yang tak mahu ambil tahu.
Jadi kini tiada lagi sebarang kemungkinan.
Walaupun begitu kami berterima kasih di atas jasanya yang telah jaga Aeman selama 3bulan.
Sebenarnya kami suka menolong orang yang ikhlas..
Tapi bertapa susah nak jumpa insan yang ikhlas dimuka bumi ini..
Insya Allah, Kak Zai mungkin serasi dengan Aeman...
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA