Skip to main content

Ape-ape aje

Hari minggu ahad lepas sebenarnye nak wish besaday kak idah..tapi lupa..baru tadi tepon dia wish..wakaka..ape punya adikla herk..

Hari Ahad tu papa kena keje.. Tp mama & aeman ikut.. Papa masuk opis jap pastu kuar bawak aeman jenjalan.Dah janji daripada haritu nak bawak aeman jenjalan naik lrt ke star ke ktm ke etc la.. Pas park kete kat opis papa nek la putra ke Mid Valley (itu je dekat nak pg,sebab papa kena masuk opis lagi t/h tu).

First time Aeman mama & papa bawak jenjalan camtu. Agak dia letih kut. Tu nampak baik je perangai . Senangla jaga sebab kebetulan hari tu dia tak wat hal pape. Jenjalan,makan², je kat sana. Pastu kebetulan ade pameran hartanah,pameran dinosour & warehouse sale Jusco. So pas shopping dah xlarat sgt nak jalan baru blk.Huhuh.agak lame dah mama dgn papa ni x jenjalan naik public trans ni.Lagi senang nek kete kata papa. Surrender dan agak xlarat nak jalan lagi dah.Sebab si Aeman ni boring duk dlm stroller mintak dukung la.Huhuh makin xlarat kami berdua akibatnya. Mama siap "cramping lagi".Sebelah ni muka kepenatan dia masa perjalanan balik kat kl sentral.

Then balik semula ke opis papa. Papa settlekan keje sikit,sementara tu mama mandikan Aeman bagi dia segar balik. Dahtu je bunyik pulak dia cakap "nak nak nak", tandanya lapar ar tu. Bagi bubur ayam McD besar tu habis licin+1 botol susu soya. Kat bawah ni yg dgn puting tu pas dia dh kenyang. Setengah jam pastu papa ajak balik. Aeman pun tersengih-sengih ha.. Huhuhu..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...