Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

KISAH TAULADAN RASULULLAH DAN KANAK-KANAK

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.   Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .   Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut dip

ALWAN DAH MULA MAKAN

Kalau mama dah start malas nak hapdet ini belog... Walaupun banyak benda menarik dan best berlaku setiap msa. Tapi kalau dah namanya 'm a l a s' memang sgtla malas... tapi mama bukan pemalas ok! Cube tanye papa kalau tak caye..hehehhe.. Mama sibuk menguruskan keperluan harian rumah tangga. Terutama encik papa  dan kiddies sekalian... Lagi satu dah ada kekasih hati baru ni. Tumpuan dan perhatian sepenuhnya untuk dialah si buah hatiku. Mama pun dah beransur sihat dan kuat lepas bersalin tu kan.. Sebab tu mama dah mula melasak buat kerja macam-macam.. Mama ni jenis kaki tangan mulut pun sama semua tak boleh duk diam.. All in one lengkap 1 pakej.. Heheheh.. Alwan mama baru genap berusia 4 bulan pada 22/12/2011 haritu.. Dan mama dah perkenalkan solid food pertama untuk dia.. Iaitu... Nestum Beras & Soya (STAGE 1) ~~~~Perhatian ! Ikutlah nasihat semua pakar kesihatan supaya berikan bayi anda makanan pejal pada usia 6bulan ke atas.~~~ Kenapa Alwan sudah bersedia untuk

BAKAT BAKERIST

Bukan nak cerita pasal aku.. tapi cerita pasal anak buah.. Dah 2 malam dok merasa hasil tangan seorang yg baru berbakat dalam bakery .. Anak buah sedang berkursus area KL ni. So memandangkan dia masak kena bebanyak dan dia pun dah tak terlarat nak makan serta ade mkcik dia sorang ni je berada di lokasi berhampiran, maka terima kasihlah bg kuih, roti,kek bebanyak ni... (tulah kalau jumpa dia ni jer mesti terkejut, tengok macam kena pam angin badan anak dara sorang ni... huhuh..jahat makcik dia ni cakap camtu erk... hehehhehe) . Maybe sebab dia masak and dia kena makan jugak...Tu pasal jadi camtu.. Kek mangga fondant, choclate moist dan tiramisu... Tak rase semua lagi... Kebetulan hari dapat kek dan roti adalah hari orang dalam rumah telah menghidapi food poisoning... Paling ketara Aryanc (muntah+cirit birit) dan papa.. Kalau tak mesti habis sekeajap je ni... Mama dan Aeman tak pape.. Alwan of cos la tak sebab dia belum makan.. Ok mama dah ngantuk taktido tido lagiiii dari sia

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK

Ingat tak hari tu cakap nak bawak alwan bawak check up di sebuah klinik ni.. KLINIK WANGSA  Dr Nadir Khan dan rakan-rakan.. First time pergi sini.... selalu bukan check up dekat sini.. Klinik dekat rumah je.. Yang ni xla jauh sangat dari rumah.. dekat sebelah je Jusco Wangsa Maju.. Tujuan pergi klinik ni sebab katanya doktor tu bagus.. tak main tibai dan bedal bagi ubat jer.. Bengang dengan perkhidmatan klinik yang biasa pergi sebelum ni tu..  Dulu pergi situ je sebab , doktor bagus, ubat bagus , servis bagus dan plus++ dekat sangat dengan rumah... Tapi sekarang, klinik tu dah tak bagus. Seriously, bukan doktor yang bagus tu lagi... Sekarang ada bnyk doktor dah..dan semua tu DOKTOR YANG MENCARI KEUNTUNGAN JER. . Why kte cakap camtu???? Sebab check pun tidak lagi... setakat tanya pastu bagi ubat.. Kalo tak demam pun bg ubat demam. Padahal datang sebab kes bukan demam pun.. Mula-mula boleh lah tahan.. makin lama makin pelik.. Ingat lagi, dulu Aeman gtercekik tulang i

HAPPY BIRTHDAY 27th PAPA

I am so lucky to have a husband like you. Every year with you is better than the last Happy Birthday Dear! Hanging out with you is still my favorite thing to do. Happy Birthday to my partner and my best friend. My love for you grows and grows with each passing year. You are still the man of my dreams. I can't imagine living without you at my side. Growing old with you is one of my favorite things to do. A husband like you is the frosting on the birthday cake of life. Happy Birthday to the love of my life. You're not just my husband, you're also my best friend and great papa.  Happy birthday darling....

Baby Selsema batuk.... Nebulizer..

First time tau pasal benda alah lepas dah ada 3 orang anak. Ia membuatkan mama kena ambil tahu sebab Alwan tak berapa sihat... Abang-abang dia masa baby kalau selsema dan batuk tak pernah lagi sampai hilang suara.. Kalau selsema mama sedut je hingus guna mulut mama dah konfem kuar banyak berketul-ketul. Si Alwan pulak tidak..bila disedut tak keluar apa-apa.  Batuk dia berkahak.. Bila dia batuk tu macam dalam kerongkong dan dada dia banyak sangat kahak.. Sampailah suara takde.. Mungkin dia sakit tekak sekali kot...? Alwan menangis pun tak de bunyi.... Nak susu dan bernafas pun dia payah..Alahai kesian.. Rasa tak nak bagi dia nangis sikit pun dalam keadaan dia macam ni sekarang... Kenapa pulak Alwan boleh tak sihat camni? Sebenarnya start demam abang-abang dia dulu... Aeman mula-mula kena ketumbit lagi kat mata dia, tapi dia tak makan ubat antibiotik tak lama tu kena demam panas , batuk dan selsema.. Pas bagi ubat ok.. Pastu jangkit dekat Aryan.. Aryan ni senang makan ubat.. Masalahny

PUREEN STOCK CLEARANCE PROMOTION

Hee sekian kalinya pedulik hapa mama.. sejak mengandungkan aeman sehingga kini dah ada alwan mama tak akan miss pasal PUREEN STOCK CLEARANCE PROMOTION ...   Mama lebih prefer shopping barang baby macam ni dari penat berjalan-jalan mencarik kat  satu-satu kedai di shopping mall. Belum tentu ada yang berkenan.. Kalau dalam pureen ni semua ada and quality no doubt ok.. Kalau ada kesempatan mesti pergi borong segala barang baby sampai penuh 1 kereta. Sampai nak duduk pun xde space..al maklum kete kecik jer..Umat pulak ramai sudah..huhuhuh.. wat masa ni Myvi jelah dulu :) Bawak jalan kl ni watpe lah kete besar-besar. Jam sana sini..menyampah eden... Tunggu budak-budak ni semua besar sikit lah nak tukar baru. Nak jalan-jalan pun dah best sebab diorang dah besar.. Nanti murah rezeki kot-kot kuar Alphard pulak ;p Insya allah... Berbaloi kalo bli wet tissue, toileterries , baju baby , baju kanak-kanak dan diapers banyak2.. Harga murah sikit dari pasaran. So siapa nak pergi tu sediakan je w

WHAT IS UNIFI

PACKAGES UNIFI OFFERED FOR RESIDENTIAL Then.. Unifi is in our area finally Kami ambil VIP5 jer.. Kalo dah pasang Unifi nanti dapat benda ni...  Yang extension 4 pane tu awal-awal lagi  orang TM yang nak datang pasang unifi tu call suruh sediakan ..  Pastu dah 2 minggu masuk unifi ni.. Dapat sebulan je tengok beberapa free channel dekat TV. Pas sebulan tu pepaham la.. kalo nak tengok gak kena beli sendiri.. Its orite la..tak mahal macam a***o ... Lain-lain tu lebih kurang macam Astro gak, ade decoder and remote dia.. cuma  some of citer  tu boleh 'pause'  kalo korang nak pergi toilet ke , makan ke or etc la ..means boleh sambung-sambung, ulang-ulang tengok citer tu.. Ok tu jerlah sedikit sebanyak pasal UNIFI   ... p/s * :   bapak lamanyerla si brader2 TM tu wat keje masa pasang kat umah kitorang... berjam-jam... :(

NABI SAW SAYANGKAN ANAK KECIL

Sumber dari email... Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam bersabda : ( أحب الأسماء إلى الله تعالى، عبد الله وعبد الــرحــمـن ) ( مسلم ) “Sebaik-baik nama disisi Allah ialah ABDULLAH dan ABDURRAHMAN” (Riwayat Muslim) Ia membawa maksud bahawa pemilihan nama-nama yang baik bagi anak itu memang satu kewajipan kepada si bapa. Ini juga adalah dakwah yang pertama kepada si anak kecil.  Seiring dengan pemilihan nama tersebut, aqiqah juga dianjurkan sesuai dengan sabda baginda : ( مع الغلام عقيقة، فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى ) ( البخاري ). “setiap anak kecil itu dilakukan aqiqah, tumpahkan darah (haiwan aqiqah) dan peliharanya daripada perkara yang menyakitkan” (Riwayat Bukhari) Rasulullah seorang yang kaya dengan nasihat dan hikmahnya, pada satu hari baginda pernah menasihatkan kepada Ibn Abbas dengan katanya : ( يا غلام، احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه

KENAPA TEMPOH PENYUSUAN SUSU IBU 2 TAHUN

Allah SWT telah menetapkan kepada para ibu supaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun sebagaimana dalam firmanNya : Maksudnya: "Para ibu hendaklah menyusukan anak mereka sehingga dua tahun genap" (Al baqarah 2:233) Sebabnya, tempoh dua tahun merupakan tempoh penyediaan asas bagi pertumbuhan jasmani, kesihatan dan emosi seorang bayi dan kanak-kanak. Kajian kesihatan dan psikologi juga telah menerima tempoh tersebut sebagai tempoh terpenting dalam proses tumbesaran dan pertumbuhan seorang bayi dan kanak-kanak. Percayalah kebaikan dan keunggulan susu ibu adalah tiada tolok bandingnya. Ianya tidak dapat dinafikan oleh setiap jenama susu bayi sekalipun seperti yang tertera di tin mahupun pek packaging susu formula di pasaran.. Alhamdulillah... Allah SWT give me strength to fully breastfeed all my babies till now.. Semoga pengorbanan ini mendapat keberkatanNya.. Amin...~

SEKITAR MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL BABY ALWAN

Hohoho... lame tak update blog...  since jadi mama kepada 3 putera yang sihat dan aktif ni mamanyer pun terpaksa punyai extra kekuatan luar biasa untuk tangani semuanya serentak dalam satu masa.. Tengah blajar jadi mak kepada 3 kids lagi..... :(  Belum biasa lagi dari segi jadual dan nak adapt perangai 3kids ni serentak dalam satu masa.... huhuhuhuh...  Kesimpulannya masih tunggang langgang lagi (erk..betul ke eja tu?).... Dah seminggu berlalu majlis tersebut... banyak kenangan dan memori indah dapat kumpul anak beranak dan adik beradik kat rumah pusaka arwah abah dan mak di kampung halaman tercinta... p/s : oh rupanya majlis cukur jambul dekat johor ni simple aje erk.. Sebab penah wat untuk Aeman kat selangor/kl lain upacaranya.. ada berendoi and macam2 la...  So kesimpulannya... I LURVE JOHOR! Hahahaha ;D Okey jom tengok gambor... (slang johor)... Gambo banyak ihsan dari anak buah ku haziq.. makcik dia ni men cilok je.. hahahaha.. dat time mak dgn bapak pengantin tu sangat bz

BERUNTUNGNYA DI LAHIRKAN SEBAGAI PEREMPUAN

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim... 1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.  2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..  3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.  4.) Untuk peringatan semua wanita

PICNIC 40 KETUL KARIPAP 30 KETUL SERI AYU

Hari Deepavali patutnya plan nak jenjalan rumah kawan.. Tapi  hasrat tak kesampaian sebab dia ada emergency..So kuih dah order.. Maka kami berlima sekeluarga g picnic dekat taman dekat umah.Mula carik port kat taman kota metropolitan.Alah panas terik tengahari buta tempat ni tak mengancam.. Then kitorang ke titiwangsa.Baru jumpa port best. Dan kuih tu pun kami berempat yang balun sampai habis (alwan terkecuali sebab baby tak boleh makan lagi).. Nasib la semuanya tank besar kecuali mama..hehehhe. nak sedekah dekat orang, tapi tak jumpa orang yang sepatutnya. Karang main bagi je dekat orang yang kat taman tu pelik pulak diorang.. Huhuhuh.. Main kete yang berusia 1 hari beli.. Semalam beli , hari ni dah jahanam...  Itulah aeman Sekian....

Cabut gigi geraham

Jumaat yang indah .... wahaahaa.. harini aku tak pergi appointment pap smear, tp pergi jumpa dentist.. sbb penderitaan malam td aku xlena tido melayan sakit gigi... Huhuh..haa..mebebel aku dekat doktor tadi cakap apesal gigi aku sakit kat tempat lain tak macam dia cakap hari tu... Lepas aku mbebel.. barulah doktor tu check bebetul.. ha dia ternampak gigi geraham atas sebelah kiri aku berlubang. Tak boleh nak tampal dah, sebab lubang sangat besar. Ooo dulu dekat situ pernah tampal.. Doktor cakap yang tampal dulu tu pun dah habis... Dia bagi 2 option sama ada nak dia cabut atau biar je gigi tu tercabut sendiri.. Waahh.. keputusan yang macam antara hidup dan mati.. aku sayang gigi aku... sob sob.. fikir balik kalau nak biar gigi tu tercabut sendiri pastinya aku akan menanggung penderitaan yang amat untuk jangka masa yang aku sendiri tak tau sampai bila ianya akan tercabut.. Sakit ooOOoo! So takpelah aku decide cabut.. Wah sangat tangkas doktor comel ni buat kerja. Sambil berbual. Ta

Family planning - Kesan Injection

Walaupun ini bukan pilihanku.. pilihan secara terpaksa dalam rela.. hohoho... macam mana ye tuh? Gini sebenarnya , aku nak buat Implanon je . memang dari dulu nak pasang implan. Akan tetapi faktor masa selalu cemburui aku.. Maka selepas alwan berusia 2bulan aku ambil suntikan depa fovera yang pertama.. Nak test je dulu.. sebelum pasang implnon. Takut2 lepas je ambik implanon tu nanti kot2 manetau tak sesuai dengan badan aku, tak pasal-pasal terbang melayang RMXXXX sebab nak pasang dan nak bukak implanon tu.. He.. sebab tak nak suntik menyuntik dan makan pil perancang dari dulu...sebab aku takut gemuk! Hahahah.. Memanglah sesetengah orang xde  effect langsung. Tapi aku rasa aku dalam kategori orang yang punya hormon tak stabil..Tu yang aku tak berani nak ambil sebarang bentuk hormon dari dulu... IUCD...?? wah..lagilah aku ngeri dan ngilu kalau masuk alat dalam tu.. so tak nak! MAB? aku tetap nak makan macam biasa untuk kesihatan dalaman. Cuma perlukan protection yang sangat teba

Sakit Gigi

Oh... pernah rasa tak sakit gigi? Rasa sakit gigi macam rasa nak pelempang je orang.. Haadoi.. series....seksa.. Dah pergi dentist lepas habis pantang haritu... Pas je dentist check, dia cakap aku ada 3 batang gigi bongsu nak tumbuh.. Pastu gigi bongsu tu takde space nak tumbuh..Gusi aku dah habis... Dia just bagi pain killer dan antibiotic. Kalau sakit sangat kumur dengan air garam. Pastu kalau gigi tu dah tumbuh separuh pergi balik dekat dentist, nanti nak kena cabut.. Ohhohoh.. aku ingat gigi aku rosak ke , berlubang ke or papelah.. Masalahnye dah 2-3hari ni sakit gigi sampai tak boleh tido tenang ni dah datang balik.. Adoi.. rasa macam doktor tu salah check kot... Sebab aku sakit dekat gigi lain..Bukan yang macam dia tunjuk haritu... Eee..esok ada appointment pap smear..tapi aku nak pergi dentist lar...tak kira.. kalu doktor cakap benda yang sama gak..aku nak suh dia check bebetul..apesal aku sakit tak macam dia cakap tu...eeeeeeee!

HAD PUKULAN ANAK

Entry hari ni khas untuk diri saya . Saya dah berusaha nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak . Kadangkala tingkah laku anak-anak kecil yang sedang membesar ni memang menguji kesabaran. Tapi wajar ke kita pukul mereka bila meraka buat salah? Semestinyalah tujuan "babap" tu nak bagi pengajaran. Tapi  wajar ke cara ni nak di praktikkan seawal usia mereka semua ni..? Mama ni cuma kadang-kadang hilang sabar bila dah tak larat melayan karenah diorang. Tapi bukan bermakna mama ni tak sayang anak-anak mama. Bab sepah menyepah, pomen barang-barang sampai jahanam tu dan aksi aktif lasak tu mama dah faham sangat-sangat anak mama ni sedang belajar. Tambah-tambah lagi semuanya lelaki. Bila mama marah naik tangan tu, diorang melawan. So mama rasa cara ni salah. So mama phsyco diorang. Mama biar je diorang nak buat apa..bila diorang dah habis penat buat benda tu dan sebelum diorang nak buat perkara lain mama suh diorang kemas,mama cakap baik2 untuk alih perhatian diorang..last2 d