Skip to main content

Baby Selsema batuk.... Nebulizer..

First time tau pasal benda alah lepas dah ada 3 orang anak. Ia membuatkan mama kena ambil tahu sebab Alwan tak berapa sihat... Abang-abang dia masa baby kalau selsema dan batuk tak pernah lagi sampai hilang suara.. Kalau selsema mama sedut je hingus guna mulut mama dah konfem kuar banyak berketul-ketul. Si Alwan pulak tidak..bila disedut tak keluar apa-apa.  Batuk dia berkahak.. Bila dia batuk tu macam dalam kerongkong dan dada dia banyak sangat kahak.. Sampailah suara takde.. Mungkin dia sakit tekak sekali kot...? Alwan menangis pun tak de bunyi.... Nak susu dan bernafas pun dia payah..Alahai kesian.. Rasa tak nak bagi dia nangis sikit pun dalam keadaan dia macam ni sekarang...

Kenapa pulak Alwan boleh tak sihat camni?
Sebenarnya start demam abang-abang dia dulu... Aeman mula-mula kena ketumbit lagi kat mata dia, tapi dia tak makan ubat antibiotik tak lama tu kena demam panas , batuk dan selsema.. Pas bagi ubat ok.. Pastu jangkit dekat Aryan.. Aryan ni senang makan ubat.. Masalahnya dia tak reti nak lap hingus sendiri sampailah meleleh-leh dia biar je pastu habit dia suka cium Alwan... Alwan maintain sihat lagi masa ni.. Walaupun abang-abang dia dah melepek...

Tak lama Alwan pun diserang demam, batuk berkahak, selesema.. Ni pasti virus yang Aryan bawak.. Baby antibodi dia lemah.. Puas dah tak bagi Aryan dn Aeman cium Alwan.. Kadang-kadang diorang curik-curik cium.. Yang geram tu siap melekat hingus diorang dekat muka Alwan... Heeee... mama kuar 'tanduk' dah masa tu... Geram sungguh!

Sampailah malam tadi dia punya nangis nafas tersekat-sekat. Nak bagi susu pun payah bernafas. Mama try sedut takde pape pun kuar.. Dia nangis sampai takde sore.. Macam-macam cara pujuk akhirnya dia berhenti gak menangis .. Masa tu dia macam dah lain jer...Papa masih tak balik kerja lagi jadi dia tak tengok macam mana Alwan masa tu.. Pas papa balik Alwan boleh pulak sengih-sengih.. Awat dia tak mo tunjuk keadaan dia macam tadi kat papa.. Then pastu gi klinik , on d way balik tu papa cakap Alwan biasa jer... adoih... Alwan pun berlakon depan papa wat pe... =/ Kalo dengan mama kamu punya perangai bagai-bagai la....
Walo tak sihat..nampak kamera je senyum..haish!

Masa kat klinik... doktor tu bagitahu kalau dalam 2hari lepas ni dia macam tu lagi.. Datang balik untuk buat nebulizer.. Masuk gas katanya.. So far rasanya dalam family mama tak pernah ada yang kena lelah . Dalam family papa pun tak de kot. So doktor bagi ubat je dulu .. Sebelum ni mama bagi ubat demam je.. Pemahaman mama sejak bergelar ibu anak yang pertama dulu doktor pernah bagitahu hanya ubat demam je yang boleh bagi dekat bayi usia bawah 6bulan.. Ni doktor ni bagi ubat batuk/selsema/antibiotik...adoi...was-was nak bagi sebenarnya...  =/ Kalo ikut aturan tu makan 3kali sehari. Mama bagi 1kali je sehari... Sebab Alwan melepek tertido lepas bagi ubat tu.. takut mama... Takut ubat tu effect dekat otak dia...

Sebelum gi klinik mama dah google .. memang terjumpa pasal Nebulizer..Tup-tup masa check tu doktor tu kata lagi 2hari nak wat..Tu pun kalo alwan masih tak ok lagi... Harap-harap anak mama sembuh cepat dan dapat menikmati saat BF dengan ceria seperti biasa...

Tapi.. hari ni dia makan ubat baru sekali.. Tapi dia tidur tak sedar diri langsung.. Petanda bagus ke macam ni??.. Macam overslept... Huhuh.. Rasa sebelum pergi ke klinik tu balik untuk buat Nebulizer.. Esok nak pergi klinik kat wangsa maju ni.. Dr Nathan.. orang kata bagus untuk baby..

Mehbaca dekat sini pasal rawatan dari KLINIK WANGSA untuk baby dan kana-kanak batuk+selsema ni..


Comments

  1. Saye juge ade memiliki mesin nebulizer dirumah since baby saye yg sebulan berkahak teruk after kene prolonged jaundice. Kos ulangalik ke klinik adalah lebih tinggi dr memiliki mesin nebulizer di rumah.

    So sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin nebulizer brand medel, saye ade buat promosi RM210 FREE POSTAGE! boleh hubungi saye utk sebarang pertanyaan ye! 013-3333062 (sms/whatsapp/wechat). Tq :)

    ReplyDelete
  2. risau kan bila anak2 kurang sihat

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...