Skip to main content

Aeman dan Aryan Terkini

Ni bawak dorang jenjalan kat OU and main-main kat taman KLCC.Hari tu mama dapat  4 tiket free tengok movie dari nuffnang sempena birthday mama 8 april hari tu.Thanks nuffnang!! Kebetulan dah lama sangat tak tengok movie sejak ade Aeman sampailah si Aryan ni. Owh ade la, last sekali time Aeman pengasuh jaga dulu. Mama gi dating dengan papa tgk movie , wakaka dah lame tak dating berdua jer! Time tu Aeman baby lagi bape bulan entah tak ingat , kalau bawak pun payah dan leceh ajer, karang menangis kuat pulak bunyi bising-bising dalam panggung.

Ok back to the story mori ni... Memandangkan dah dapat free tiket ni. So sajelah test bawak dorang berdua. Kalau tak okay dan serabut memang malas r nak bawak dorang lagi. Percubaan yang pertama, Papa Mama bawak Aeman tgk dekat TGV KLCC cerita kartun "Rio".  Huhuh...Curious gak takut dorang wat hal je dalam panggung tu.tapi tiket free xpelah.TESTING! Sambil tu kitorang umpan dorang berdua ni dengan Popcorn and pape lah.Dorang ni kalau bab makan no 1! Hahaha..nak tahu ape resultnya??? Walla~ okay la. Mula-mula diorang rase pelik, pastu Aeman and Aryan layankan jer. Paling kelakar si adikla.. lebih-lebih lak dia gelak.Macam paham jer.. Si Aryan tengok dari mula sampai part tengah-tengah jer. Pastu tido plak sampai ending. Bangun-bangun dah habis leh gelak pulak sesorang.Adoi entah pape jer.. Si Aeman pulak dari mula-sampai tengah-tengah cerita tido.Dah nak habis baru bangun.. Bolehlah~

Then lagi 2 tiket kitorang tengok cerita aksi lak , "Thor" kat tempat yang sama tapi 2 minggu lepas tu. Pastu kali ni belikan Aeman seat sendiri sebab dia tak nak pangku dah.Yelah dah besar.Si Aryan manelah leh tak berkepit dengan mama.Yang ni cerita tak start lagi , baru jer duduk Aryan dah gelak. Awat dik??? Huhuuh...Pastu cerita start sampai akhir dia tido. Bangun dah habis~ Kali ni Aeman la paling layan cerita ni sambil makan snack. Ok so far so good okay je bawak dorang pergi tgk movie ni.. Tak delah macam yang mama dan papa fikirkan sebelum ni.. Bimbang dorang wat perangai jer...

Pas ni nak tengok "Kung Fu Panda" dan "Nur Kasih" lak kalau dah keluar. Pastu dah itulah last kot sebab mama dah boyot~ Rasa malas nak berenyah-renyah berjalan sangat dah.. Bukan ape, tak larat melayan karenah si Aeman dan Aryan ni.. Sungguh memenatkan..Makin dilayan makin tak larat~

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...