Skip to main content

MEE BANDUNG MUAR (BUSU SECRET)

Cerita pasal masak-memasak dululah. Sebab aktiviti hari ini adalah hari buat kerja rumah~ So, sambil tunggu baju siap basuh oleh 'Mr Mesin Basuh' aku ambil kesempatan untuk update this blog. 
 Kali ni tentang Mee Bandung Muar... Waaa~ sangat sedap!!! Kalau kat tempat lain , means luar daripada negeri Johor nak jumpa pure lagi original  rasa Mee Bandung memang mimpilah.. Even kat bandung pun tak de jual mee bandung ni *_^ 

Ketika dalam kuali... Jeng jeng ~
Paling sedap seumur hidup aku pernah makan setakat ini ialah Mee Bandung Busu. Busu ialah pak cik aku adik arwah mak. Dia ni berniaga Mee Bandung memang dah lama sejak aku belum lahir sehingga lah kini dekat Muar.  Resipu memang sifulah..Mantapz!! Okay , siapa nak cuba rasa mee bandung asli paling sedap boleh pergi gerai Pak Busu Suib Gerai No 9 dekat bus stand Pagoh, Muar. Memang dia berniaga dekat situ dari dulu hingga kini dan selamanya~

Gambar dekat atas tu mee bandung versi aku yang masak kat dapur rumah aku sendiri. Manakala rencah asli diimport dan dibuat oleh pak busu sendiri. Rasa sama.Sebab busu buatkan tu dah sah siap-siap secukup rasa.Tinggal renehkan dengan mee dan intisari sesuka hati kita jer nak buat macam mana. Tapi aku tetap suka air tangan busu yang masak mee bandung tu..lagi sodappp :)

Nilah rupanya selepas masak. Malas nak letak isi macam-macam.  Kalau busu buat, ada dging,ayam,sotong,udang,telur,kacang,tomato dan sebagainyelah.. Lagi sedap , lazat dan meriah ..Huhuhuh..
~~>Sedang menyiapkan entry ni Mr mesin basuh dah lama siap jalankan tugas dia. Aku dah siap masak nasi goreng,breakfast, kemas rumah, kemas dapur, mop lantai dan cuci toilet.Manakala urusan anak-anak telah disiapkan oleh en abang.Dia mandikan and siapkan dorang and layan dorang main.~ Wallaaa... dah jadi ibu dan bini orang memang kena multi tasking buat kerja.Kalau tak nanti kesian kat semua orang yang.... ~~<

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...