Skip to main content

Kandungan 39 minggu - Alwan

Semalam (Rabu(16/6/2011) discharge ward. Hari Selasa tengah hari pegi check dekat PAC HKL sebab contraction demi contraction yang aku alami sejak seminggu lepas makin kuat. Bukaan masa tu baru 1cm je pastu doc kat bawah tu suh masuk wad pulak... Mak aih.. dari parking kete aku dah nampak ramai orang kat hospital bersalin tu.. Yang on d way ke PAC time sama dengan aku datang pun ramai. Kebanyakannya terus masuk labor room.. Tak pernah lagi tengok bulan puasa ramai sangat masuk labor room.. Sebab masa Aeman, Aryan pun dulu aku bulan puasa keluar masuk hospital kan..hehehe.. Bak kata en.hubby.. ,, "Asal datang sini je ada kad raya ngan  ketupat gantung-gantung erk" ... Hehehe..itulah suasana mana-mana tempat dan organisasi sekalipun kalau raya mesti gantung2 kad raya , ketupat dan macam2 lagi replika bagi menaikkan mood dan suasana hari raya...Hehehe..

Pastu masa dekat wad, doc yang check cakap "Send her home la, 1cm pun nak inward ke..ish doc PAC ni"... Huhuh.. tula pasal.. Aku datang sini sebab mau check jer nape contraction kuat. Kalo sebab ade masalah tu yg aku g check. Alhamdulillah so far semua ok. Keadaan baby selamat dalam ni doc dah scan and etc semua. Tinggal tunggu progress bukaan tu je.. So aku memang nak balik umah.. Tak mo la tunggu masa kat sepital.. Boring and konpemla aku terbaring jer.. Bila dah terbaring tu lagi la bukaan lambat progress. Balik umah lagi best.. Nasib baik doc memahami.. hehehe.. Selalu aku yang mintak balik, kali ni tak payah susah-susah.. doc sendiri bagi balik :)

Kuar je wad.. my baby-baby tua peluk aku... Mama-mama!... Alahai.. baru 1hari berpisah.. dah rindu macam ape yerk!!! Malam masa dekat wad lagi lah..si Aeman and Aryan tepon nangis2...  Aeman aku leh pujuk.. Part si Aryan tepon nangis2 tengah malam dah nak kul 12 tu aku dah tak leh tahan.. Alahai.. cian dia ..sebab dia memang tido dengan mama jer.. Konpem masa nak tido tu cari mama.. Alahai..sedeyh mama dengar aryan nangis camtu sampai terus letak tepon tak sanggup dengar lagi dah.. Last2 papa call cakap Aryan dah tido papa tepuk2.. Alhamdulillah..

Bila dah kad wad.. tak sakit. Dah keluar wad .. hari ni dekat umah pun dah tak sakit.. Due date minggu depan hari Khamis (25/8/2011) .. Lagi 7hari.. Wahh! First time aku ngandung sampai ke tahap ni!.. means dah 39MINGGU :) Takpe.. baby lebih suka duk dalam perut dari keluar cepat.. Asalkan dia sihat..Amin :)

So sekarang ni mama kena alert dengan FALSE LABOR dan TRUE LABOR je..

TRUE LABOR = Lebih progressive. Kontraksi datang kerap dalam setiap 5 minit. Keadaan akan jadi lebih teruk. Kadang kala bersama air ketuban, lendir darah dan sakit sampani ke punggung dan paha hingga tak boleh jalan.

FALSE LABOR = Kontraksi kuat tu berkala sederhana. Berhenti bila-bila masa dan akan datang kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...