Skip to main content

KHASIAT HERBA KAT DAPUR KETIKA DALAM PANTANG

Hari ni tentang khasiat herba kat dapur rumah kita. Berpantang kali ni aku pilih yang asli. Tak mo makan jamu yang beli tu sama ada, kapsul,pil,serbuk atau gel minum-minum ke hape ke..semua aku katakan tak nak ketika seawal tempoh berpantang dan kelahiran ni. Tujuan nak elakkan bb kena kuning. Alhamdulillah. hari ni dah 18hari Alwan tiada diserang gejala kuning langsung..

So berbeza cara aku berpantang masa Aryan dan Aeman dulu,semua bergantung pada produk instant yg aku beli kat pasaran.. Yelah..kali ni dah berpengalaman.. Apa kata kita cuba yang lain.Insya allah pilihanku kali ni paling tepat. Sebab setakat tempoh ni aku praktiskan segala masalah yang membimbangkan dari sudut kesihatan bayi dan ibu semasa kelahiran 2 anak yang lepas dapat dielakkan dan tidak berulang kali ni. Herba tu kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita. Kita suka atau tidak tolak tepi. Yang penting ianya baik atau boleh mempercepatkan proses pemulihan badan sendiri selepas bersalin itu yang perlu ditekankan di sini.

HERBA yang aku amalkan ketika dalam pantang ialah pilihanku sendiri. Semuanya selepas aku kaji dan belajar dari bidan tradisional dan juga mereka yang berpengalaman. Even dok kat tengah KL ni aku tetap cari dan pilih bidan berurut tradisional. Sebab aku nak tips mereka.. Yelah mak bapak pulak dah tiada sejak kecil. Even mertua pun tak ada pernah guide pasal pantang berpantang ni. Tapi aku tetap ingat dan praktiskan cara arwah emakku menjaga kakak-kakakku ketika mereka dalam pantang dulu. Even masa tu aku kecil. Arwah mak orang Jawa bab-bab minum akar kayu, air rebusan tu rebusan ni,herba,jamu buat sendiri, dan macam-macamlah lagi memang la dia sangat berdisiplin, pakai bengkung lilit-lilit satu rumah dari tiang ke tiang (memang seksa aku tengok dulu huhuhu),bertangas,mandi wap,bertungku,makan makanan org pantang diasingkan ..ish dan macam-macamlah sampai aku tak tau nak sebut tu semua ape.. Kalau arwah mak ada lagi ni yang jaga aku dalm pantang mesti la aku kena ikut itu semua.. Huhuhu..Semua tu untuk kebaikan diri kita sebagai wanita..Ingatlah wanita sekalian bahawa berpantang bersalin boleh melanjutkan jangka hayat anda. Jagalah kerana dirimu sungguh bermakna! Pesan bidanku.. badan nak pakai lama bukan sekejap! Hehehe..

Tapi sedih kali ni.. bidan yang biasa urut dan banyak bagi tips masa aku berpantang Aeman dan Aryan dulu dah meninggal. Dia mak penyayi Amir Ukay's. Aku panggil dia Opah jer.. So kali ni aku berurut dengan bidan kampung yg lain.. Aku gelarkan dia Wan..umur dia dah 78tahun.. lebih kurang dengan arwah opah kut.. Entah  tahun-tahun depan nanti kalau aku bersalin lagi Wan ni pun ade lagi ke tak ye...? Susah nak cari bidan tradisional kampung dekat tengah KL ni...  Yang banyak bersepah bidan terjun...Wakakaka.. means bidan sambut bayi lahir dekat hospital yang dah bersara tiba-tiba jadi tukang urut orang bersalin.. Yang bidan jenis ni pun aku dah pernah try... Mengecewakan servisnya...Sangat jauh la beza dengan bidan asli menurun tu..

Ok back to the tajuk utama.. Selalu tersasar dari topik ye aku ni... Huhuhu..harap bersabar...

HERBA & KHASIAT PILIHANKU KETIKA BERPANTANG :

  • HALIA : Boleh sembuhkan luka, hilangkan kesejukan yang terdapat dalam buah-buahan atau sayur-sayuran kalau termakan ketika dalam pantang,keluarkan angin dlm usus kecil, elakkan masalah kembung perut/sakit perut, bantu hpenghadaman makanan,menghilangkan bau mulut,menghilangkan lendir dalam rahim (darah nifas) dan kahak ,tambah tenaga berjimak,awet muda dan halang kedutan kulit.
  • LADA HITAM : Panaskan badan lepas bersalin, segarkan tubuh,ubat demam,pening kepala,loya,cirit birit,melawaskan kencing,elak kembung perut bayi dan kuarkan tenaga dalaman lelaki.
  • MANJAKANI : Merawat luka dalamam dan luaran lepas bersalin, penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.
  • PEGAGA : Awet muda, sejukkan badan,tonik untuk otak,merawat sakit badan,demam,berak berdarah,sakit sendi,mencuci luka ulser.
  • SERAI : Mengecutkan rahim bengkak lepas bersalin, memecahkan lendir dalam rahim lepas bersalin (darah nifas) ,memecahkan angin dalam badan,merawat bisa otot dan badan,kuatkan saraf yang lemah,elakkan angin meroyan,mencegah kehamilan(family planning),awet muda, menyihat dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala,sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah perut kembung.
  • BUAH PALA : Buang angin dari badan.
  • ASAM JAWA : Penyejuk badan,kurangkan berat badan,antiseptik,menyembuhkan luka,gatal,bisul,demam,akit teakk,batuk dan lemah badan.
  • BAWANG MERAH : Mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.
  • BAWANG PUTIH : Penyembuh luka,menghalang penyakit sengal dan saraf,keluarkan angin dan parasit dalam tubuh badan.
  • DAUN KUCAI : Membunuh bakteria dalam usus, merangsang proses pengecutan dan pengembanagan usus,melancarkan pengaliran darah, elakkan pembekuan darah,merawat sakit rengat senggugut,keputihan dan sembelit.
  • GINSENG/AKAR KAYU KERING HERBA : Meningkatkan stamina,mencegah kelesuan badan,meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan awet muda.
  • HALBA : Menambahkan susu ibu dan menghangatkan badan.
Sebenarnya banyak lagi tau herba yang berkhasiat memang secara tak sedar semua ni senang dapat kat dapur rumah kita.. Korang jangan ingat ni aje semuanya.. Tapi aku cuma serasi dengan yang dekat atas ni sahaja. Yang lain mungkin tak sesuai dengan keadaan badan aku..

CARA AKU MENGAMALKAN KHASIAT HERBA INI KETIKA BERPANTANG :
  1. Rebus biji manjakani dan gula batu jadikan pati : minum 1 cawan teh. 
  2. Tumbuk buah pala.Taburkan serbuknya dalam air suam.minum 1 cawan teh.
  3. Rebus halia,manjakani,buah pala,serai,biji halba,asam keping dan gula batu.minum 1 cawan teh.
  4. Buat salad pegaga/kucai. Tumbuk lada hitam, hiris pegaga,hiris bawng merah dn bawang putih,sedikit garam,gula dan perahan limau nipis atau limau kasturi. Gaul semua bahan. Kalau nak sedap boleh tumbuk ikan tenggiri  atau ikan bilis yang digoreng dengan minyak zaitun.
  5. Minum air rebusan serai dan halia. 1 cawan teh at least.
  6. Lada hitam aku jadikan pengganti kunyit. Aku langsung elakkan makan kunyit ketika 20hari selepas bayi lahir untuk elakkan baby terkena kuning. Semua menuberpantang  letak lada hitam.
  7. Masak menu berpantang kalau nak goreng guna minyak zaitun sahaja. Elakkan minyak masak yang lain semasa dalam pantang untuk penyembuhan dalaman. Ini sangat penting!
  8. Masak menu berpantang dengan cara berkukus,rebus atau bakar. tanpa minyak. kalau nak guna minyak,guna minyak zaitun sahaja okay.
  9. Minum air rebusan biji halba untuk tambah susu. Aku amalkan sejak dulu lagi.sejak bagi aeman susu badan sepenuhnya ketika bekerja. Ini usaha untuk tambah susu paling mujarab dan berkesan.Cubalah.Kalau habis pantang pun boleh amalkan.Susu badan mesti melimpah ruah :)
  10. Mandi air rebusan daun dan herba. 
  11. Kalau ada luka jahitan bersalin cuci tempat luka dengan air suam+garam+asam keping.
Next entry aku share pasal tips lain yer ketika berpantang...

Comments

  1. Bestnye bila bca entry ni, bahagianya kalo dpt brpntang mcm Anis. Sy pulak xde mood langsung dlm pntang ni..koyak byk sgt,nak angkat baby pun x larat..tu psal sy tgh sbuk cari khasiat mnjakani & cara nak rebus..mudah2han stress sy ni x smpai jd meroyan pulak..terima ksih byk2 sbb berkongsi tips yg sgt2 sy cari ni. Yess.. nak biji kani sekarang jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BARANGAN TRADISIONAL UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN WANITA BERPANTANG MURAH DAN MENJIMATKAN DUIT N BADAN SIHAT
      MENJIMATKAN DAN MURAH
      (Untuk semua wanita & wanita dalam pantang boleh guna untuk kesihatan badan) As salam sekiranya berminat 1.Mandian herba untuk wanita/wanita lepas bersalin dpt hilangkan lesu badan Dan kurangkan angin dalam badan hanya~ RM7,
      2.Minyak urut panas untuk lenguh2 badan dan urut dalam pantang ~RM10,
      3. Lulur badan untuk lembutkan kulit seluruh badan sekiranya diamalkan selalu dapat hilangkan hitam2 di celah2 pelipat ~RM5,
      4. Bedak sejuk RM2,
      postage RM10,berminat leh wsup 0193291084

      Delete
  2. @MommyAgharr: jgn stresss dlm pantang ye :)
    tenangkan hati n fikiran..bpantang tu sbnanya tempoh yang paling bharga untuk seorang wanita yg bgelar ibu.manjakani tu tumbuk sampai jadi serbuk pastu sapu tempat luka pun boleh baik luka dgn cepat.cubalah :)InsyaAllah berkesan n mujarab!

    ReplyDelete
  3. Tq for the info.. sangat berguna..

    ReplyDelete
  4. Mcm mana kenal arwah opah?

    ReplyDelete
  5. Thanks info.. memang cari persediaan untuk berpantang ni..

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada jual kapsul dan serbuk manjakani. Mmg sangat bagus utk luka luar dan dalaman rahim
      Whatsapp/telegram 0199969221

      Delete
  6. Info yang menarik. thanxz yek

    ReplyDelete
  7. Kak..bole share berapa portion setiap bahan nak buat jamu yang no 3..

    Rebus halia,manjakani,buah pala,serai,biji halba,asam keping dan gula batu.minum 1 cawan teh.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...