Skip to main content

Produk penjagaan ketika pantang bersalin - Part 2

Ni hutang entry dulu-dulu k.. 

Tempoh berpantang 44hari dah tamat..Jeng,jeng...hasilnya absolutely! Figure kembali pada asal.Selulit no more.Kulit rekah-rekah tu dah tegang kembali. Boleh pakai baju n jeans masa anak dara semuanya. Dah kuat boleh buat kerja.Tapi masih tak berani nak melasak.. Bab berat tu pun kembali macam anak dara dulu 45-47kg..Is it normal la kan :) Berat mengandung 9bulan 58.5kg now 47kg (Last timbang 2minggu lepas..sekarang mesti ada lagi penurunan kot)..Mungkin.. Lain-lain banyak lagi tapi tak reti nak cerita dalam ni.. sori yea p n c :)

Tapi aku masih berpantang yang lain-lain lagi..Huhuhu.. nak sihat nak badan pulih sediakala , nak kekal awet muda baik berpantang okeyh.. ( hehehe prasan skjap awet muda ...layankan jelah ye)

Ok ape yang aku buat sepanjang 44hari berpantang tu...???

Berehat ,lapangkan minda , belai dan manjakan diri sendiri

- Dah berpenat lelah menahan sakit pelbagai sepanjang mengandung 9 bulan. Menjaga anak dan suami .Buat kerja itu dan ini Tulah tugas dan peranan seorang ibu yang berkorban untuk keluarga.Ditambah lagi dengan sakit yang maha hebat ketika nak bersalin tu..ha time nilah kita perlu berehat ok.. kerja..selamat tinggal.. alhamdulillah boleh bagi markah 95% kat Mr B kali ni. Jaga mama dan anak-anak serta ambil alih tugas mama buat kerja kat rumah ni. Hehehe..Tenqiuk!

Ni sebahagian jer produk yang tinggal saki baki aku guna sepanjang berpantang.. Lain-lain semua dah habis tak sempat nak ambil gambar. Dah hujung-hujung pantang baru teringat pasal nak buat entry ni dekat blog..Alahai menggelabah cari balik kotak-kotak ke packaging benda2 tu semua.nasib baik ade yang masih simpan. Kebanyakannya dah habis dan buat pe nak simpan lagi benda yg dah habiskan ..buat semak jer..

Yang takde dalam ni losyen yang aku buat sapu seluruh badan , serbuk mandian herba, pencuci tut** khas untuk dalam pantang, pil vitamin dan supplement, dan akar kayu herba kering dan sekarang ni makan  "MAB" jer..sebab dah habis pantang..Jamu lain memang aku tak ambil langsung sepanjang tempoh berpantang kali ni.. Cuma buat sendiri amalkan minum makan herba buat sendiri dan asli..lagi segar dan fresh gitu ...

Ok sekian.. tamat~

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...