Skip to main content

KENAPA TEMPOH PENYUSUAN SUSU IBU 2 TAHUN

Allah SWT telah menetapkan kepada para ibu supaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun sebagaimana dalam firmanNya :

Maksudnya:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak mereka sehingga dua tahun genap"
(Al baqarah 2:233)

Sebabnya, tempoh dua tahun merupakan tempoh penyediaan asas bagi pertumbuhan jasmani, kesihatan dan emosi seorang bayi dan kanak-kanak. Kajian kesihatan dan psikologi juga telah menerima tempoh tersebut sebagai tempoh terpenting dalam proses tumbesaran dan pertumbuhan seorang bayi dan kanak-kanak.

Percayalah kebaikan dan keunggulan susu ibu adalah tiada tolok bandingnya. Ianya tidak dapat dinafikan oleh setiap jenama susu bayi sekalipun seperti yang tertera di tin mahupun pek packaging susu formula di pasaran..

Alhamdulillah... Allah SWT give me strength to fully breastfeed all my babies till now.. Semoga pengorbanan ini mendapat keberkatanNya.. Amin...~

Comments

  1. like ur post on breastfeeding info..^_^ viist me back www.ibuloveaatif.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...