Skip to main content

Halamak... Office lama panggil masuk kerja balik

Huhuh..macam tajuk lagu pulak... Alkisah mungkin ia akan berlaku kembali jika kejadian di tempat yang sama dan ada orang yang sama.. 


Sebenarnya semalam dapat panggilan dari tempat kerja lama.. Majikan ku yang -3. Tapi yang ni tempat aku menapak dan membina kerjaya dalam bidang IT sebagai programmer. huhuhuh...sejarah lama dah.. 6 tahun  yang lepas...(lama dah eirk...huhuh) . Diorang nak aku replace job staff yang ganti post aku lepas aku resign dulu.. Sebab staff tu tengah cuti bersalin 2 bulan.. Huhuh.. berat bahu nak memikulnya..  


Its not all about money... Sebab utama aku berat hati ialah 'anak aku dah 3 orang' dan mereka nak aku mula secepat mungkin.. Gila ke hape???! Dah berbagai alasan dan ayat aku tolak... Tapi mereka anak aku juga..Hurm... Kalau tak fikir mereka dah banyak berjasa pada aku sewaktu ketika dulu takdelah berat hati aku nak menolongnya.. Persoalannya mana aku nak letak anak aku selama 2 bulan ni??Nak mencari penjaga tu satu hal.. bukannya senang... Dahlah perkara ni agak terkejut. Takde persiapan langsung... Agak2 ler....


First thing nak bagitahu , aku bukan terdesak nak kerja sekarang nak cari duit.. Alhamdulillah setakat ni rezeki yang ada untuk anak-anak cukup semuanya walaupun anak aku dah 3 ,means jumlah ahli keluarga aku dah bertambah ramai.. Tapi hidup kami lebih teratur dan murah rezeki walaupun aku dah tak kerja macam dulu lagi... Kualiti masa aku luangkan untuk anak-anak kecil yang rapat-rapat ni lagi bermakna dari duit gaji yang aku dapat kalau kerja yang bagi aku tak berbaloi dengan kepenatan + masa terhad pada keluarga + perhatian pada anak-anak.. 


Seterusnya , aku merangka kerja sendiri sekarang... Aku ada matlamat yang nak dicapai dan sedang usahakan.. Selama bebrapa tahun aku meninggalkan alam kerjaya tetap di bawah orang. Kini aku nekad berdiri membina kerjaya ditapak kaki sendiri.. Bagi aku bekerja sendiri lagi berbaloi dari segi masa dan pulangan yang kita akan dapat...


# Namun , aku dah letakkan beberapa syarat kalau betul mereka nak pakai aku gak.. Bukan aku demand yer ... Tapi dalam keadaan begini perlu win-win situation. Family + Tanggungjawab kerja sama seimbang. Dan keputusan aku muktamad dari dulu 'Family First!' Aku resign sebab anak.. Dan kalau aku kerja balik pun anak aku tetap utamakan.... Harap faham...


So tunggu jelah jawapan diorang lepas aku letakkan syarat demikian... Kalau diorang setuju okaylah..Aku tak larat nak fikir. Orang nak aku tolong, aku akan tolong semampu dan seadanya yang aku boleh..
Gambar 5 tahun dulu ,di opis dengan abg mat dan kak haida..  Sekarang ni  semuanya dah tak de kat pro opis lagi dah...Masing-masing dah melangkah kaki ke tempat lain... Hehehe... sejarh lama..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...