Topik hari ini berkenaan persekolahan anak-anak peringkat tadika.
Memandangkan pada tahun 2013 Aeman 5 tahun dan Aryan 4 tahun , so mama sedang mencari 'good school for them'. Yes mama and papa perlu memilih yang terbaik untuk anak-anak. Why? Sebab kami bayar , so kami berhak mendapatkan yang terbaik. Pilihan ditangan kami! Yang mahal tak semestinya terbaik dan yang murah tak juga tak okay. So survey first.
Kenapa kami tak hantar Aeman skolah since he was 4th? Sebabnya ,... Aryan baru 3 tahun. Diorang sentiasa bersama dari kecil. Tak sanggup nak pisahkan mereka.Sorang pergi sekolah , sorang lagi kat rumah.. Biarlah mereka bersekolah bersama-sama , walaupun kelas lain-lain nanti. Bagilah mereka peluang belajar nilai-nilai kehidupan dari mama dan papa mereka terlebih dahulu sebelum menginjakkan kaki ke alam persekloahan. So this time mereka boleh bermain puas-puas , tengok TV puas-puas (only channel disney junior) dan jalan-jalan denagn papa mama puas-puas.. Nanti bila u all dah sekolah masa korang sangat limit untuk melakukan semua tu..
Faktor tersebut perlu diambil kira semasa memilih pra sekolah untuk my heroes..
- TADIKA ISLAM : Sebab sebagai seorang muslim kami harap mereka dapat diterapkan pendidikan islam sejak kecil lagi. Bermula dari kami sebagai ibu bapa seterusnya guru-guru di sekolah nanti. Jika kami hantar mereka ke tadika bukan islam, bimbang pula unsur-unsur ajaran agama lain di ajar kepada anak.
- MAKANAN : Makanan yang disediakan nanti mestilah bersih dan paling utama HALAL. Sebab tu kami pilih tadika Islam . Insya Allah penyediaan makanan nanti oleh orang islam sendiri. Jika hantar ke tadika bukan islam, bagaimana pula cara penyediaan makanan mereka nanti? Orang islamkah yang sediakan? Bimbang pula mereka termakan makanan yang tidak halal dari segi penyediaan dan kandungannya...
- ROLE MODEL : Anak-anak perlukan contoh tauladan yang terbaik. Sebagai seorang muslim, semoga mereka mencontoh akhlak ,pakaian, sosial, pergaulan dan sebagainya dari guru muslim itu sendiri.
- PENGISIAN PEMBELAJARAN : Faktor duniawi dan ukhrawi perlu diterapkan sejak kecil lagi. Kami memilih tadika yang mempunyai rangka pengajian pendidikan islam serta akademik , kalau boleh nak cari tadika islam english (menggunakan english medium untuk anak-anak). Kalau kami hantar ke tadika bukan islam , hanya akademik yang di utamakan.. Tak salah, tanggungjawab kami ialah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak kami.
- SOSIAL : Hantar ke tadika islam pengaruh sosial dan pergaulan mereka dengan sesama muslim. Komunikasi dan persekitaran masih lagi menerapkan nilai agama . Bimbang pula belajar sesuatu yang tidak baik sekiranya dihantar ke tadika bukan islam seawal usia mereka..
- PERSEKITARAN DAN KELENGKAPAN : Yang penting sekolah tersebut berdaftar. Kalau ada apa-apa senang nak isu. (mintak dijauhkan dari segala musibah)..Persekitaran juga perlu diutamakan agar keselamatan, kesihatan anak-anak nanti terjamin.
- LOKASI : Mestilah dekat dengan rumah. Senang mama nak jemput hantar nanti.
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA