Skip to main content

Aeman sekolah tadika

Anak bujang saya pada tahun 2013 ini telah mula berdaftar masuk sekolah tadika 5 tahun.. Penat la mama cari your skool sana sini... Mama pilih tadika islam. Sebelum mama daftarkan aeman skool , punyalah survey sana sini jauhnye tadika islam area sini-sini tak de..Atas faktor waktu yang menjadi kekangan utama mama dan papa. Akhirnya terjumpa sekolah tadika islam An Najah (maiwp) punye.. dekat je dengan rumah dekat dalam masjid. And on the way mama nak pegi kedai ulang alik, so tiada masalah nak jemput hantar dia pegi skolah nanti..Pas tengok kawasan sekolah yang terletak dalam masjid yang aman dan tenteram  tak sibuk jalan rayanye kerana terletak di tepi padang bola yang luas dan dalam kawasan perumahan, so mama rasa kawasan ni selamat nak bagi anak mama lepas nanti.. So far selepas survey mensurvey sistem pendidikan dia pun ok , yang penting ada islamic education.

Tetiba dah nak masuk sekolah awal bulan 1, sebelah hujung kedai  mama di bahagian kiri ada CIC dan kanan GENIUS AULAD.. Huhuh.. u olls terlambat even sangat dekat  sebab boleh jalan kaki sebelah pintu kedai je (jiran sebelah r)...kalau time mama searching about skool tu uolls dah ada kemungkinan mama tak terjumpa pun tadika an najah ni.. Mama nak cari paling dekat & paling senang & islamik. itu je point utama.Dah kalau dekat sederet kedai kemungkinan mama memang hantar je aeman dekat situ. Yang dalam list masa tu adalah tadika saidina Abu Bakar As siddiq,dekat tmn samudera. itulah kerana sebab cic & genius aulad tak muncul lagi area dekat2 sini...

So bagi mama takpelah..ada hikmah sebenarnye..Kenapa???

Yuran tadika maiwp ni x mahal pun.. around RM400++ untuk pendaftaran dan yuran setahun. Yuran sekali uniform dan buku2.

Compare dengan tadika Tissas tu RM400 bulanan , pendaftaran around 1.5 k... See macam nak masuk u/kolej la pulak skool swasta skrg ni.. Kalau compare dgn yg lelain??? beza bangat tu... hehehe..
So nilah hikmah yang mama nampak untuk aeman.. Mama bukan berkira untuk persekolahan anak-anak. Tapi mama ada anak-anak yang lain yang nanti akan datang pun nak sekolah..Mana boleh jimat tu kita jimat. So boleh menabung banyak masuk ASB dorang yang selebih-lebihnya nanti.Huhuhuh..

Jom tengok gambar aeman nak sekolah..
Day 1 : Haa.. kalut pagi tu.. yang penting dia tenang dan bersedia nak pegi sekolah.. ni nak tak pakai uniform lagi.. baju oreantasi
Sempat posing lagi Aeman ni.. Hepi jer... kalo sebelum ni sebut skool je tak nak, nak nangis. Hari ni tak pun ;-)  

Sengih la besar-besar..heppi going to skool ye aeman :-) 
Ni gambar seminggu selepas mama duk kat wad...ni 1st day dia pakai uniform sekolah..
 Dah encem in uniform skool

Helmet tu dia punya.. helmet kanak-kanak yang ada SIRIM. beli khas sebab kalo mama/papa x jemput pakai kete mesti kena jemput pakai moto.  Ada beli dua. Satu kaler biru & hijau. Biaselah anak 3.. Beli sorang kena semua ade gak.. Kang merajuk yang lain xdapat..  Yang kecik xyah lagi..menumpang jer xpe..

Ok mari kita lihat aksi paracetamol a.k.a parasit...
 Semua ni un dah reti bangun pagi sibuk nak siap pergi 'skool' jugak...Haa tulah kaler biru yang mama cakap tadi.. Yang ni aryan punya.. Alwan xyah..hehehe

Melayan abang dia patutnye sekejap je.. Tapi double triple kena layan karenah mamat yang 2 org yang takde kena mengena dengan skolah lagi..memang kalut oi...

Nilah skool aeman. tingkat 1, dalam surau/masjid ni.. Surau ni semayang solat jumaat pun dekat sini jugak.
So halaman sekolah dia ialah halaman surau ni.. Its safe InsyaAllah...

Belajar bebetul ye nak...





Comments

  1. maaf puan saya nak bertanya boleh tak saya nak dapat kan uniform tadika islam MAIWP
    saya perlukan nya untuk sample

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...