Skip to main content

Baby sembuh dari keluar hingus/ lendir telinga

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Baby Ammar sihat dah . 'Telinganya' dah tak keluar 'hingus' lagi lepas 3 hari consume ubat dari klinik pakar kanak-kanak Shanaliza. Sekarang kalau anak sakit terus pergi direct jumpa pakar kanak-kanak je. Taknak lagi dah pergi klinik GH. Fobia.Haha.. jangan pelik ye bila hingus tak keluar dari hidung.. Benda ni boleh terjadi pada bayi bawah usia 6 bulan..

Sekarang ni baby Ammar dah masuk 5 bulan..

Nak update dia punya progress dah pandai ape dah sekarang ni..

16/08/2014 ~
Genap 5 bulan dah boleh nak golek-golek . Terlentang meniarap itu jela. Satu kawasan tu kalau letak dia baring kejap dah kesini dan kesana... Enjoy dia explore ruang dan segenap peosok tempat yang dia boleh teroka. Dia praktis bolak balik badan dia tu dalam masa 1 minggu jugak.. Akhirnya rasmi minggu ni dia dah boleh golek sendiri tanpa bantuan. jom kita tengok step2 si gomok ini meniarap...=)

mula-mula telentang baring

kalau dah boring angkat kaki ler

pastu tak sennag dah baring tu..resah semacam je.. ni tanda dah boring

haaa pe lagi kita pusing

berusaha angkat memalingkan bontot yang berat itu

aahhh.. berjaya dah meniarap..suka la tu !

tengokla aktiviti seterusnya....


25/08/2014 ~
Minggu ni dia cuba blajar angkat bontot dia plak. Angkat jatuh angkat jatuh. Belajar nak kuatkan otot kaki betis tangan lutut dia tu lah kot. Nak merangkak atau menjalar mungkin. Tak pun mengesot. Kalau dia payah  atau penat sangat dia golekkan badan dia je sendiri untuk sampai ke destinasi yang dia nak tuju tu. Haha.. Sambil tu mulut memang bising habis la.. Orang sekekling kalau dengar menyampah.. Dia membebel dan merengek memang kuat. LEGEND abang Aryan dia ni.. Hohoh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom imbau kembali kisah macam mana baby AMMAR ni dari awal lahir sehingga la sekarang..
Alkisah sebuah cerita...
Mula-mula.....

sebelum kelahiran..rilek je kan.. haha.. dalam labour room dah ni actually.. tanpa ditemani papa..papa jaga anak2 mama yang lain ..kesian dorang semua ;,(



morning ! keesokannya..masih kat wad lagi

mata tak boleh bukak lagi ...2nd day kat wad... yeay ! harini dapat discaj dah..

suka ler tewwww ! masa beberapa hari lepas lahir

tido lagi..rambut nye memang sejemput saje time lahir...ini baby VCO & ESP.. kulitnya agak moist...

menguap 
aksi nak besar cepat... hihi

ni hari ke 7 kelahiran... Tok wan bidan ni cukur rambut baby ammar ...

Haa..dah mandi..dah BOTAK !

Si botak baby ammar tido dah..

Ni mesti kena buli dengan BIG BROS dia..alahai sabo ye baby ammar 

Ni dia belum nampak lagi kot..Acah2 cari bunyi datang dari arah mana dia terus senyum..apa lagi.. SNAP PIC ! 
Ni masa tak sihat hari tu .. dah nak kena warded.. sejurus selepas KISAH BERDARAH haritu ;(

salin baju in-patient

Tara!Mama dengan baby ammar yang tak sihat! baru habis pantang masa ni.. masa ni bilik 2 bedded full..sementara tunggu kosong kena stay wad 4 bedded dulu..

Nebulizer.. bagi cair kahak dalam rongga peparu dia 
both my babies ! Ammar Hamsyari dan Alwan Hayyan =)

Makin boolat pulak dia stay kat wad 1 minggu...

Taraa.. beransur sembuh InsyaAllah !

Yeay !! Alhamdulilllah... discaj harini.. Tunggu papa jemput ni =)

Dah dapat pergi jalan-jalan dengan abang Alwan



Al kisah kelahiran permata ke empat putera kesayangan...
Muhammad Ammar Hamsyari
16/3/2014 - Ahad
6.40 pm waktu lahir
Normal delivery tak perlu jahit menjahit
12.30 tengah hari leaking air ketuban meleleh tapi saje lambat-lambat pergi hospital
5.30 masuk labour room 6cm
Berat lahir 3.68 kg
SEMOGA MEMBESAR DENGAN SIHAT !!!
AMIN

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...