Skip to main content

Menu dan Resipi makanan bayi 6 bulan ke atas

Saya nak berkongsi menu-menu yang saya telah berikan kepada semua bayi-bayi saya setakat ini (4 orang)  yang saya lahirkan pada 
  • Anak Sulong - Tahun 2008
  • Anak Kedua - Tahun 2009
  • Anak Ketiga - Tahun 2011
  • Anak Keempat - Tahun 2014
Nak bagi anak makan pertama tak semestinya mesti 6 bulan. Tapi 6 bulan tu tempoh usus bayi memang dah benar2 matang. Nak cerita anak kawan tu masa tu 7bulan kena operation sebab usus perut bocor. Sebab mak dia bawa balik beraya di kampung atok nenek dan sedara mara suap baby dia kuih raya dan macam2 lagi yang mak dia pun tak tau kebenda. Sudahnya mak dan baby yang merana menanggung azab kan.Sebenarnya mak dia baru bagi makan sebelum balik raya...so baru belajar makan la ni..Datang sedara mara boleh pulak suap macam2 kan dah terkejut usus baby tu. Kesian... Okay berbalik pada pengalaman saya sendiri , saya ada bagi baby2 saya makan seawal 4 bulan lebih. Tu pun lepas tengok saiz dia dan kekerapan banyak mana dia menyusu yang sentiasa tak puas dan tak cukup kenyang . Dan sebelum tu saya ada tanya paed dia kata dah okay boleh dah dia start solid food bila tengok fizikal dan progress pembesaran dia yang cepat tu. 

Kesimpulannya mak2 ni dia kena perhatikan anak2 sendiri macam mana , sebab mak je yang boleh kenal macam mana habit anak tu..Kalau rasa anak dah bersedia nak makan bagi jelah. Kalau tak tahu dan tak pasti sila bertanya orang lain yang lebih arif pakar dan berpengalaman. Insy Allah mereka boleh bantu 

Kronologi Anak Sulong
Pengalaman pertama sebagai seorang parent , banyak benda perlu dipelajari masa ini. Saya mulakan bagi makan masa dia 6 bulan . Start bagi makan solid food pelbagai perisa ikut stage umur , kemudian biskut baby tu. Masa ni saya kurang masak sedap2 untuk baby sebab saya bekerja. Saya banyak masak bubur nasi dan blend halus bagi dekat pengasuh.

Kronologi Anak Kedua
Dah terror sikit bab bagi anak makan , masa ni saya masih lagi bekerja sebagai programmer yang  mana masa saya bersama keluarga selalu dicuri untuk buat kerja2 pejabat . Semuanya projek on call. Kalau ada problem kenalah standby terpacak naik office settlekan segala masalah yang berbangkit.. Huhu..Saya start bagi dia makan masa umur 5bulan lebih. Start solid food campur susu badan. Buat cair2. Sebab anak yang ni kuat sangat menyusu sampai breast mama dah leper kecut pun  dia tak kenyang2 lagi. So cara mengenyangkan dia memang bagi makan awal. Terpaksa.. Kalau tak dia nangis. Lepas bagi makan tu dia reti pula diam. Masa ni start bagi kanji nasi bagi yang likat pekat...Risau dia ni sebab baby premature tapi nafsu makan dan menyusu dia MasyaALLAH.. Seterusnya bagi solid food selepas2 tu. 

Kronologi Anak Ketiga
Anak yang ni mudah tak banyak ragam dan senang menjaga dia. Start makan 6 bulan. Masa ni mama dah tak terikat dengan kerja dengan siapa2. Mama alhamdulillah kali ni mama pulak ikat waktu staff pekerja2 mama sendiri. Mungkin anak yang ni tau kesibukan mama dia macam mana sebab tu dia tak banyak ragam . Tapi walaupun sibuk mana mama tak pernah tinggalkan dia. Sentiasa bawa dia bersama mama kemana sahaja.Dia senang bagi je makan apa2 yang solid . Mama start bagi mashed potato. Lepas2 tu bubur , fresh solid food dan kalau urgent sangat nak cepat baru bagi roti.


Kronologi Anak Keempat
Anak yang ni besar semasa lahir. Spesis gemuk macam dia ni memang cepat membesar sampai mama dia yang cikenot ni dah tak boleh nak layan kehendak nafsu menyusu dia. Sangat kuat mnyusu ! Kalau dia tak kenyang memang mulut dia bising sangat. Cara mendiamkan dia adalah sumbat pape sampai dia kenyang baru dia boleh senyap sampai tertidur. Haa..dia ni la yang mama bagi makan seawal 4 bulan lebih. Kami semua panggil dia "GOMOK" . Heee sebab dia gemuk kental berlapis berlipat2 badan dia. Mama bagi solid food letak susu badan . Buat cair2 bagi dia....Tak kerap . Sehari sekali atau 2 je bagi. Yelah saiz perut dia cikenot lagi .Tak sedar diri kata papa dia tu. hahaha.Selepas 6 bulan je dah start bagi fresh solid food sedap2. Rajin mama masak masa ni.


Jom saya share resipi baby 6 -8 bulan (yang belum tumbuh gigi).... Usia begini jika baby masih belum tumbuh gigi kena bagi yang pekat likat , jangan terlalu cair sebab kadang2 baby tak suka. Jangan pekat sangat nanti baby sembelit. Senang kata u olls try and error dulu. Kalau najis dia berketul2 so cairkan makanan bila bagi dia nanti tau. Takut baby sembelit. Bahaya!

1)  KISMIS / KURMA / PISANG / KIWI / BETIK / OREN SUNQUICK /KENTANG/EPAL//UBI REBUS/LOBAK***salah satu buah ni saya blender sampai jadi puri 
2) LABU + KENTANG + MADU saya rebus dulu dan blender sampai jadi puri
3) BROKOLI + KENTANG + KURMA + KISMIS saya rebus dulu dan blender sampai jadi puri
4) MASHED POTATO (Buat sendiri) + SUSU BADAN + MADU
5) 1-2 KEPING ROTI GARDENIA + RENDAM DENGAN SUSU BADAN saya kukus dulu dan bila dah sejuk lenyek2 bagi baby makan.
6) MUSHROOM SOUP (Buat sendiri) + NESTUM
7) BUBUR NASI + KUAH SUP AYAM/DAGING ETC (sebelum masak saya blender halus beras tu dulu)
8) SPAGETTI/FETTUCHINI ETC BLEND


Seterusnya nanti saya share resipi baby 8 bulan ke atas yang dah tumbuh gigi arnab . Hehehe comel ! Okay untuk baby macam ni dah boleh start bagi benda lembut yang boleh dia kunyah. Gusi dia gatal masa ni. Yelah gigi baru nak keluar. So layankan je. Masa ni baby lebih gemar menggigit.Apa je dia rajin nak masuk ke mulut dan gigit. So dah boleh bagi benda2 kenyal dan lembut. Pastikan periksa dulu kandungan makanan tersebut. Kalau ianya sesuai untuk perut bayi bolehlah bagi. 


Okay chill ! 

Comments

  1. Salam...memang enjoy prepare makanan utk baby ni kan, saya paling suka add on kurma, wangi bau makanan, anak pun tak sembelit :))

    Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan perkongsian tentang bisnes dari rumah :)

    ReplyDelete
  2. Assalam,mtk izin amek menu ni utk anak sy ye...mtk halal ye kak...

    ReplyDelete
  3. pengalaman dan info yang menarik..terima kasih...
    untuk mommy2 yang ada baby 9bln keatas jemput la lawat blog saya dan dapatkan resepi nasi tomato versi baby :)http://www.surijunior.com/search/label/Makanan%20bayi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...