Skip to main content

Pengalaman bercerai susu badan

Ini topik paling tak sampai hati bagi setiap orang yang bergelar ibu. Walaupun dah mengalami sebelm ini. Tapi tulah..bila bonding menyusu antara anak dan ibu terlalu lama..bila nak melepaskan dia stop... huaa..dramatik sikit setiap saat ini. Hal ini telah terjadi kembali pada #AlwanHayyan (anak bujang ke 3) sekarang usia dia 3 tahun 3 bulan dah.. Tapi kekadang tu masih sharing dengan adik baby dia tu #AmmarHamsyari 7 bulan..

Jarak usia Alwan lahir tahun 2011 dengan Ammar lahir tahun 2014 almost 3 years gitu..  Dan sepanjang 9bulan mengandungkan baby Ammar saya masih menyusukan badan Alwan lagi :) Ini pengalaman saya yang paling membahagiakan. Walaupun ditentang oleh kebanyakan misi2 hospital , tapi doktor semua tak pernah sibuk2 kata apa pun walaupun diberitahu banyak kali. Doktor cakap okay as long mama masih okay. Alhamdulillah ia adalah pengalaman yang unik dan sangat membahagiakan saya sebagai seorang ibu yang punya anak :) Saya doakan untuk melahirkan anak2 yang hebat saya perlu juga hebat dari segi  spiritual dan mental. Alhamdulillah ALlah bagi saya kekuatan untuk hadapi semua ini.

Bukan tak ada halangan..ada..banyak sangat halangan dan dugaan.. antaranya kata2 orang yang boleh lunturkan semangat dan kekuatan untuk terus menyusukan anak.. faktor kesihatan ketika mengandung bawak beban dekat perut yang makin hari makin berat tu.. faktor peralihan emosi anak yang dulunya dia yang bongsu kini slow2 nak bagi dia terima kenyataan yang dia adalah bakal seorang abang..mencabar tau part ni ! Yelah dia lah sebelum tu intan payung , permata jantung , kekasih sejati atau anak manja yang segala perhatian dan segala kelembutan tertumpu dekat dia sebelum ini kena slow2 bertegas supaya dia tak manja sangat..huhu..sangat mencabar..part ni mama menangis teresak2 kadang2 bila tengok dia merajuk dan menangis bagai..huaa.. tapi mama kena kuat semangat untuk semua.. untuk dia , untuk baby, untuk semua juga ☺

Nak cerita dari mana ye... Hmmm jom kita mulakan dari sebulan sebelum Baby #Ammar lahir.. Masa tu alwan 2 tahun 5 bulan umur dia.. Ye masih susu badan lagi ! Susu badan mama pun masih meriah walaupun kandungan dah sarat 30w++ tunggu masa nak meletup je tu. Walaupun orang kata jangan bagi..tu susu baby..Hehe.. ignore je..lagipun ni BUKAN PERTAMA KALI BUAT BEGINI. Dah 3x. Dulu pregnantkan Aryan pun macam tu jugak.AEMAN masih BF dan cont sharing macam anak kembar pulak
lepas tu berlanjutan Aryan & Alwan... SO THIS IS NOT MY FIRST TIME! Alhamdulillah.Ni semua rezeki anak2.. Saya tahu kalau bagi Alwan teruskan menyusu kontraksi saya akan kuat sebab tiap kali alwan menyusu akan berlaku pengecutan rahim.dan hal ini dah memang terjadi pun.memang banyak false alarm berlaku terhadap kandungan ammar. Tapi kalau tak bagi alwan hisap susu tu konpem breast akan membengkak...sakit tau bila bengkak..berdenyut2.sangat tak selesa bila miss B berdenyut... 😯 kontraksi acah2 atau rengat2 dari peha punggung ari2 tu memang selalu la..normal kan dihujung kandungan macam tu..tapi irama rentak masa tu selalu dipantau..kalau kuat sangat dan kerap sangat atau tak tahan sangat mulalah risau ngadu dengan encik suami... Mungkin ini dah kandungan ke 4.. sakit bersalin tu macam dah lali so..setiap kali datang nyut nyut kontraksi tu boleh kenpius ni sakit nak bersalin ke acah2 je..hahaha..macam dah biasa pulak dengan sakit ni sebab tu tak amik port risau sangat tentang tu..huhuu... kandungan saya tak ada masalah alhamdulillah dan mak dia je pun okay sihat setiap kali checkup maternity tapi cuma jenis manja2 dengan papa so ngade2 sikitla time mengandung tu. hahha larat la encik suami melayan saya ni kan..so inilah dari segi fizikal yang terpaksa saya lalui.. so far cakap2 orang luar saya ignore je.kerana yang hadap yang lalui yang tanggung semua ini adalah diri saya dan kandungan saya sendiri. Bagi saya mereka yang menghakimi keadaan saya ketika itu , siapa mereka?? Mereka dah lalui ke apa yang saya lalui sebelum2 ini? Mereka lagi tahu ke siapa saya? Mereka tahu ke apa yang saya tanggung , hadap dan rasa. Mereka tahu ke apa yang saya nak bagi pada anak2 saya??  Saya sayangkan semua anak2 saya..Kau yang anak baru satu dua dan tak pernah harungi apa yang saya hadap iaitubpenyusuan ibu secara ekslusif tak kira la diri tu sapa kerja sepenuh masa ke suri rumah ke anda tak berhak nak jadi hakim kepada kehidupan saya.saya dah hadap semua tu. 100% saya dah pass proses penyusuan susu ibu ketika bekerja , kerja sendiri dan surirumah. I never ever give them FM...  Alhamdulillah ! Dan naluri saya belum lagi nak bercerai susu dengan Alwan masa tu. sebab tu saya masih berikan alwan susu badan saya even dah sarat..alwan pun masih dalam proses slow2 untuk terima keadaan ini ( proses nak jadi abang )..Ya saya amalkan kaedah psikologi...Saya tak suka nak paksa anak2 saya.. apa pun.. saya nak mereka terima sesuatu dengan ikhlas dan redha. Sebab itulah saya ! Dan banyak hal sepanjang membesarkan anak2 ni dalam konsep ni.. nanti saya cerita dekat part lain k..


Sebulan sebelum lahir baby baru, Alwan masih manja . Perangai dia sebagai anak bongsu selama hayat dia setakat tu adalah suka bermanja dengan semua orang. Saya pun tak pernah tinggi suara marah2 dia.. kalau termarah dia memang nangis sedih..hahaha . Sampai mama ikut sedih bila dia sedih.. tak sampai hati punya pasal.. papa hati kering.. hahaha.. kalau bab2 marah dan tegur2kan Alwan papa suruh abang Aeman dia je sebab papa pun tak sampai hati nak marah. Ye alwan takut & hormat abang aeman dia. Kalau abang aryan dia tak jalan. Ibarat ketam yang suruh anak dia jalan lurus. Hahaha.. Alwan & Aryan bertekak macam anjing kucing. Abang dia pun nangis kalau kalah tekak dengan  adik. Duhai anak2.. macam2 gelagat... alwan nak tidur atau apabila kalah bergaduh & penat bermain akan cari NENEN ni..sampailah tertido. Kadang2 bukan menyusu betul2 pun.. Bergayut je tak sucking pun..Feel kan dah jadi habit mengempeng orang jawa kata ;p


Pernah jugak letak kopi , garam , nescafe and peria..  Bijak pula dia ambil pergi cari kain kemudian basahkan lap2 kat miss B. Dia cakap tak dap (tak sedap)...dan lepass lap tu dialog dia , ha dah dap (dah sedap)then sambung menyusu macam biasa.. hahaha..

Susu masih merengat2 walaupun diusia kandungan cukup bulan dan alwan dah 2 tahun setwngah..apabila susu tersebut dalam proses nak ada banyak...Kalau rasa dah keras dan padat haa memang kena pembantu tersebut legakan. Kalau tak saya memańg tak selesa sebab sakit denyut2 tau... korang yang tak pernah alami apa yang saya rasa ni memang tak akan pernah faham.k bye.hahaha

Akhirnya selepas lahir baby Ammar..Alwan dia first time nampak baby dekat whatsapp papa..hehehe.. yelah mama lahirkan ammar 6.30 petang
masuk wad pulak kanak2 tak boleh bawak masuk. Papa cakap time tidur malam Alwan cari mama.. yelah.. sepanjang2 hidup dia mama tidur dengan dia..dia tidur nenen dulu..tulah bonding pengerat mama dengan dia..saat tu naluri mama as mom tersentuh..indahnya jadi ibu.indahnya dapat susukan anak sendiri.bertapa sayangnya anak2..bertapa nikmat yang tak dapat didustakan sebagai seorang ibu.Rindu moment tu.Muhasabah jugak mesti perkara sama jugak yang mak saya lakukan terhadap saya masa baby.. Alhamdulillah syukur.


Hari ke 2 ammar lahir baru boleh discaj. Barulah Alwan leh tengok ammar dan mama.. Rindunya dia dekat mama peluk dia mama macam tak nak lepas...Huhu..kesian Alwan..dia nampak mama pegang baby..muka dia keliru , excited dan sedih. Yelah saya ni mama dia of coz la tau dia macam mana. Hahaha. First benda dia minta ialah "nak tek ama oleh tak? (Nak susu mama boleh tak)... huaaa... masa tu pujuk dia..terangkan pada dia..baby ammar tu adik dia.dia dah jadi abang. Dah jadi abang tak boleh nenen lagi. Slow2 talk lah . Hahaha.. walaupun kesian tapi dah ada sebab untuk bertegas dengan dia sekarang. Baby keluar dah. Hehehhe. Lagi satu ada kolustrum. Memang tak bagi la dia nenen masa baru lepas lahir tu.. bila dia menangjs merajuk merintih2 mama memang lah tak sampai hati tengok..tapi mama pulak yang jadi garang (konon2 je) pastu suruh papa yang pujuk.. Haa..kan dah cakap..lepas baby lahir je automatik dia terus jadi anak papa :) kalau tak sebelum ini memang anak mama jelah.. haa macam tulah abang dua semua.sama jer pun macam ni jugak. Hahaha


Masa berpantang kadang2 buah dada membengkak susu banyak sangat nak meletup pecah rasanya..macam bom jangka kalau tak keluarkan susu tu boleh demam.. baby ammar pula tidur je kejut2 tak nak bangun..dan habit semua baby2 mama apabila miss B bengkak susu , baby gak mo susu pun dekat tempat puting keras bengkak tu..sadis kan..  haa di masa inilah Alwan diguna pakai untuk selesaikan misi teraebut. Alwan jangan di pelawa , memang ditunggu2 sekali mama bagi suau.kadang2 mengecek minta. Tak dapat pun..hahaha..mula lah dia merajuk duduk tepi pintu , duduk bawah meja , sorok kat bilik (merajuk la ni).. alwan bantai je time bengkak pun dia hisap. Hahaha.. selepas itu dia sendawa kekenyangan. Tertidur siap ha ! Itulah kegunaan dia diperlukan apabila keadaan terpaksa.  Lagi bagus tau. Lagi kerap kita susukan anak. Lagi banyak pengeluaran susu tersebut. Saya dah buktikan. Selama 7 tahun susu badan saya tidak putus. Setiap hari bayi2 saya menyusu saya. Alhamdulillah nikmat jadi ibu yang tak pernah Allah dustakan. Syukur dapat laluinya..

Seterusnya lagi tiap malam Alwan sampai sekarang ni masih mengecek nak minta nenen. Kadang2 dapat. Kadang tak layan. Dia pun dah mula terima kenyataan yang dia dah besar .. Ketika post ni ditulis Alwan dah berumur 3 tahun 3 bulan manakala Ammar dah 7 bulan .. sekejap2 je kan..

Yang paling kelakar sekali apabila Alwan terlihat baby Ammar sedang menyusu BF sekarang ni.. alwan suruh tutup jangan bagi dia nampak.. "Ama utup la etek tu , nanti ale itap kalang" (mama tutup la nenen tu nanti adik hisap karang) "Ale ole engok nanti ale amik" (Adik tak boleh tengok nanti adik ambil) ... hahahha... so mama hormati permintaan anak mama yang satu ni.. demi nak ceraikan susu dia slow2 kan..  hehehe..berjaya..tanpa paksaan. Lama2 dia sendiri stop. Dia pun tak sampai hati nak berebut dengan adik dia sebenarnya..mama taulah...  sebab adik dia lagi comel dari dia.. tet..... !

Alkisah..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...