Kali ini saya nak bersiaran tentang al kisah cara-cara mendaftarkan anak kita ke sekolah. Kenapa saya pilih tajuk macam ni ye........? Ini mungkin boleh membantu ibu dan ayah yang baru saja ada anak pertama yang nak masuk sekolah. Tak kiralah bagaimana nak daftarkan anak masuk ke tadika atau ke sekolah rendah/kebangsaan.
Pengalaman saya sendiri , saya menghadapi sedikit kesukaran bagaimana nak daftarkan anak-anak bujang saya tu pada awal mulanya. Memiliki anak yang rapat selang setahun dua memang meriah. Tak sempat berehat rasanya itu memang tak dapat dinafikanlah. Setiap tahun fizikal dan mental kena bersedia 100% melayah karenah setiap seorang dari mereka. Dulu pernah cerita tentang anak sulong masuk sekolah tadika . Bagaimana nak pilih Tadika / Pre School ??? Masa itu apa yang kami as parent buat adalah buat SURVEY ! Jika kita nak berikan yang terbaik untuk anak-anak maka kita perlu buat sehabis baik. Maka kami study satu persatu sekolah , kami lihat Pros & Const dan later barulah buat pilihan yang terbaik ikut kesesuaian kami sendiri.
Tahun ini (2015) dah 2 orang bersekolah , sekolah rendah 1 orang , pre school 1 orang. Umur mama 28 tahun ini (dah nak masuk 3 series...huhuh cepatnya putaran masa berlalu). Sekarang dah hujung bulan sibuk urusan pendaftaran sekolah tahun depannya pula dah. Tahun depan 2016 dah masuk 3 orang yang bersekolah. Cabaran makin bertambah gitu !
Aeman masa tadika masuk pertandingan nasyid . Duk jadi suara backup sebab suara dia kuat kat belakang si penyayi solo tu |
Si abang Aeman tak susah dah , settle urusan dia dah sekolah kebangsaan & sekolah agama. Melihat pada prestasi ujian darjah 1 sekolah agama & kebangsaan , agak bagus dapat top 5/10 pencapaian dia dalam kelas bagi 2-2 persekolahan tersebut. Semoga Aeman dapat berusaha lebih gigih lagi meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa. Amin..... Dan mama berpendapat , prestasi anak-anak di sekolah ini bagus atau tidak bergantung pada pendidikan awal yang mereka terima sejak dari awal usia mereka dirumah mahupun di sekolah. Saya pilih sistem pendidikan yang menekankan aspek keagamaan dan akademik. Both important. Aeman sekolah tadika agama yang menekankan akademik , so bila dia masuk sekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama. Banyak topik agama darjah 1 dia dah belajar sejak sekolah tadika dulu. Setiap kali ujian subjek Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan di sekolah agama pula beberapa pecahan tajuk subjek prestasi markah dia 90%-100%.. Alhamdulillah.. saya ajar dia sujud dan syukur sejak dari kecil lagi setiap kali dapat keputusan terbaik . Kadangkala selepas waktu pulang dari sekolah , dia akan bercerita semasa dia disekolah dia buat apa. Cikgu panggil dia bercakap didepan sebab dia je yang dah tahu tentang tu, kawan2 lain belum tahu lagi so dia dah tahu sebab masa sekolah tadika dulu dah belajar , bla..bla..bla... Layankan saja. Kenapa dia cerita macam tu sebab bila dia masuk sekolah kebangsaan/agama darjah 1 dia jumpa kawan-kawan lain dah, bukan lagi kawan masa dia tadika dulu . Persekitaran dan budaya mereka adalah berbeza . Bagaimana dia belajar menyesuaikan diri dia dengan persekitaran baru , itulah situasi dia sekarang.
Kawan-kawan kelas darjah 1 sekarang ada yang dari tadika / pra sekolah pelbagai jenis , bila dah amsuk darjah 1 mixed . So dia ada bercerita beberapa orang kawan tadika Islam dia dulu sekelas dengan dia pun performance dalam kelas lebih menyerlah berbanding yang masuk tadika K....M...S...(Isi tempat kosong sendiri) . Dan kebanyakannya yang masuk pres school selain dari K......S mereka lebih perform.. As mama , listen, listen, listen! Luangkan sedikit masa mendengar kisah mereka supaya mereka rasa diberi perhatian. Ini bagus untu psikologi dia. Tapi yang tak best nya , perangai dia sedikit berubah bila bercampur gaul dengan kanak2 seusia dari latarbelakang sekolah tadika berbeza. Dulu dia tak pandai dan tidak tersasar cakap perkataan yang pelik-pelik dan kalau dirumah kami sendiri pastikan supaya dia tidak guna bahasa tak elok ketika bercakap. Kalau balik kampung beraya selepas bergaul dengan ramai-ramai orang adalah terpengaruh sikit apabila cakap keluar perkataan tak bagus .. Memang kena babap dengan kami .. Pernah juga nampak dia tarbiyah kawan-kawan dia (Hahahha yang ni mama papa bila dengar comel sekali).. Budak kecil ni dia tak tahu. Kita kena bagitahu ini tak elok , itu baik. So dia orang akan belajar berfikir untuk ikut mana satu. Bagitahu asbab setiap satu , kenapa? kenapa? kenapa? Kadangkala mereka tersasar terikut-ikutan dengan kawan sebaya mereka (sebab dah jadi budaya tak boleh buat apa jadi sebati dalam darah daging) mmm...... Part ni bila kat sekolah kami as parent tak boleh nak control. Cuma ingatkan dia banyak kali, ini baik , itu tak baik. Kadangkala selepas pulang dari sekoalh Aeman cerita "Ma...Pa.. tadi kawan aeman cakap benda tak elok.. macam ni....bla...bla..bla... Lepas tu Aeman cakap, hei tak baiklah ko cakap macam tu , nanti Allah marah , kawan syaitan , masuk api neraka , tak dapat masuk syurga ...bla..bla..bla... Kawan tu nak jadi ketua gangster lah apelah.." .. Part ini sedikit curios bila dengar.. So tanya balik dia cakap apa bila kawan macam tu...Ni jawapan Aeman " Alhamdulillah , aku nak jadi ketua malaikat , tak nak jadi ketua gengster macam ko, jom siapa nak ikut aku boleh masuk syurga. Aku tak nak kawan dengan kau...Hahaha" Pas tu kami gelaklah sebab biasanya bila layankan dengar dia cakap dan borak tiba-tiba dia melalut hahahahha. Seronok layan budak kecil ni..menghiburkan kadangkala... :) Selepas ini , rancangan kami adalah untuk masukkan dia ke sekolah tahfiz. Sebab nampak dia lebih ke arah tu. Insya Allah doakan kami yang terbaik dapat rezeki masukkan dia ke sekolah tahfiz yang terbaik buat dia...
Suasana dalam kelas waktu sambut birthday Aeman & Aryan di sekolah tadika |
Celebrate birthday boy |
Tengok kawan-kawan semua comel2 berlaka. Anak sapa lah tu? |
Kawan-kawan kelas darjah 1 sekarang ada yang dari tadika / pra sekolah pelbagai jenis , bila dah amsuk darjah 1 mixed . So dia ada bercerita beberapa orang kawan tadika Islam dia dulu sekelas dengan dia pun performance dalam kelas lebih menyerlah berbanding yang masuk tadika K....M...S...
Ok so rasa dah panjang sangat , jauh dari topik asal.. sebab tengah siapkan borang masuk sekolah maka eloklah posting pasal ini.
Borang pendaftaran sekolah rendah agama (SRA) sesi tahun 1 |
Borang diatas RAYUAN ! Sob sob sedikit terkilan dan kecewa sebab kami terlewat ambil borang SEKALI DAH PENUH!.... Allah fenin fikir mana nak hantar dia sekolah tahun depan.. Dia tak dapat masuk sekolah agama satu sekolah dengan abang dia.. Maka kami mulakan operasi mencari sekolah terdekat yang masih kosong. Sekali paling banyak kosong , sekolah agama dalam kem tentera !Sebab tu jelah lagi yang paling dekat lain-lain jauh.. Hahahaha... si ayah ambil borang pendaftaran (borang tu dah dihantar kembali pun) punya cerita sakat si anak nanti habislah kau Aryan masuk environmet askar ... So tawakkal jelah lepastu kami lupakan hal ini sebab dah settle urusan daftar sekolah agama dia. Pada suatu hari dapat panggilan telefon dari sekolah agama abang dia yang dah penuh tadi , boleh datang sekolah ambil borang rayuan jika ada kekosongan nanti ada penempatan dia.. Alhamdulillah ! Tawakkal. Maka tanpa berlengah lagi.....tulah di atas ! DOA kan si Aryan dapat dipermudahkan masuk sekolah ni ye. Mudah-mudahan...Amin...
P/S:* Cerita ini tentang sekolah di kawasan KL. Johor sistem dia lain ya (Sebab mama sekolah agama Johor, anak johor. Negeri Selangor/KL ni adaptasi dari sistem sekolah agama Johor. Apa-apa pun sekolah agama Johor memang legend ada darjah khas & tak boleh naik darjah kalau tak pass exam ;p)
CARA PENDAFTARAN MASUK SEKOLAH AGAMA DARJAH 1
P/S:* Cerita ini tentang sekolah di kawasan KL. Johor sistem dia lain ya (Sebab mama sekolah agama Johor, anak johor. Negeri Selangor/KL ni adaptasi dari sistem sekolah agama Johor. Apa-apa pun sekolah agama Johor memang legend ada darjah khas & tak boleh naik darjah kalau tak pass exam ;p)
CARA PENDAFTARAN MASUK SEKOLAH AGAMA DARJAH 1
- Pergi/call tanya sekolah tersebut tanya bila "buka pendaftaran tahun 1" sejak awal tahun lagi. Maksudnya dari anak baru masuk tadika dah boleh prepare pasal darjah 1 cepat2. Kalau tak tahu sekolah mana nak hantar anak-anak masing2. Sila SURVEY ! Google pun boleh sekolah yang anda nak hantar tu. Sila pantas ambil borang sebelum penuh nanti menyukarkan kita pula .
- Isi borang lengkapkan semua maklumat diperlukan (pastikan lengkap supaya borang tu tak return/permohonan ditolak) dan hantar ikut tarikh ditetapkan.
- Tunggu nanti dapat surat pengesahan / panggilan telefon dari pihak sekolah sekiranya berjaya diterima masuk ke sekolah anak perlu hadir ujian & ada taklimat ibu bapa. Ujian ini biasanya diadakan pada hujung cuti persekolahan akhir tahun bagi penentuan kelas mereka. Soalan ujian adalah basic jawi , sirah , ibadah , fekah. Yang lemah diasingkan dengan yang baik dalam kelas berbeza nanti bila penggal persekolahan sudah bermula nanti. Dah simple tu je !
Semasa pendaftaran / sesi ujian darjah 1 sekolah agama |
CARA PENDAFTARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DARJAH 1
Mula-mula kena ambil tahu dengan pejabat pihak sekolah tersebut bila pendaftaran mula dibuka . Biasanya bagi yang dah ada anak bersekolah di sekolah tersebut pihak sekolah akan edarkan surat info pembukaan pendaftaran tahun 1 ataupun memasang banner di kawasan pagar sekolah memaklumkan info ini kepada orang ramai . Maka bagi parent yang ada anak kecil lain yang bakal memasuki tahun 1 nanti jadi mudah sebab info dapat dari anak yang bersekolah tadi jer. Namun bagi parent yang 1st time awal mula pertama mula ada anak masuk darjah 1 pula , sama juga call pihak sekolah selalu. Bila borang dah ada terus ambil. Lengkapkan dan hantar semula ke sekolah. Jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan antaranya seperti di atas. Nanti bila hantar borang tu ke sekolah pihak pejabat akan COP di belakang surat beranak original. Tandanya dah confirm lah tu dapat masuk sekolah tu. Selepas itu sila tunggu je surat tawaran/pengesahan seperti diatas pos sampai ke rumah masing-masing memaklumkan pendaftaran berjaya dan perlu hadir sesi suai kenal & ujian diagnostik (ibu bapa ada taklimat) . Lihat tarikh di atas biasanya ia diadakan hujung penggal cuti persekolahan akhir tahun sebelum sesi persekolahan bermula. Tujuan ujian tersebut sama bagi penentuan kelas semasa anak dah masuk darjah 1 nanti. Pelajar diasingkan ikut prestasi. Ujian tersebut 3M jer... BM/BI/MATH/JAWI....Oh ya , masa ini juga nanti parent dapat senarai bayaran nak dibayar dan beli di Kedai Koperasi sekolah. So beli ni jer..Yang lain keperluan sekolah seperti pakaian dan kelengkapan alat tulis sila sediakan dan shopping dekat tempat lain. Kat koperasi sekolah tak menarik. Mahal! Kesian kami lihat parent yang tak tahu tu semua dia beli dekat koperasi sekolah..
Senarai bayaran daftar tahun 1 sekolah kebangsaan |
Ok inilah kelas Aeman semasa dah confirm masuk darjah 1. Tahun 1 Cerdik( maaf kualiti gambar yang ni gegar) |
CARA PENDAFTARAN SEKOLAH TADIKA / PRE SCHOOL / KINDERGARDEN
(5 DAN 6 TAHUN)
Borang Pendaftaran sekolah tadika |
So , mari cerita tentang pendaftaran masuk tadika ini (Atas ni untuk si Alwan (anak no 3) :-
- Hubungi pihak sekolah . Atau alert iklan akan yang akan mula di tampal di sekitar kawasan sekolah tentang pembukaan pendaftaran tahun baru. Ambil borang lengkapkan dan hantar.
- Selepas hantar borang . Tak perlu fikir dah. Permohonan berjaya sekiranya dah dapat borang. Tunggu je pihak sekolah hubungi parent hujung tahun sebelum sesi persekolahan dibuka. Ada sesi pembayaran yuran dan uniform @ oreantasi untuk pelajar 5 tahun. Sekolah ni swasta. Yuran masih dikenakan tapi affordable.
- Sesi persekolahan bermula awal tahun sama atau kadang kala lewat sedikit dari kalendar sesi persekolahan . Dah tu je..
Yang penting setiap tahun apabila sesi persekolahan nak bermula sediakanlah uniform sekolah , kasut sekolah , beg sekolah , alat tulis dan perkakas lain. Haaa.. Itu je pun.. Tak susah pun lah. Semoga dapat membantu parents sekalian yang masih baru pertama kali emmpunyai anak yang nak masuk sekolah.
Saya doakan urusan kalian dipermudahkan. Insya Allah. Amin :)
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA